SEORANG pelancong warga emas dari India maut apabila van dinaiki terbabas akibat tayar bocor di KM178.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di Bagan Serai, petang semalam.
Nahas kira-kira jam 6.35 petang itu turut menyebabkan lima ahli keluarga lain, termasuk pemandu van parah.
BACA >>> Video Treler Hilang Kawalan, Rempuh Pemandu Camry Warga Emas
BACA >>> #ApaNakBuat: Tanda Awal Tayar Motor Bocor Tertusuk Paku, dan Apa Perlu Dilakukan
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, van Toyota Hiace itu dinaiki sembilan penumpang, termasuk pemandu dan sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan.
Kemalangan berlaku apabila tayar belakang van sebelah kanan bocor hingga menyebabkan hilang kawalan dan terbalik di tengah lebuh raya. Nahas itu menyebabkan Noorjahan Mohamed Yacoob, 74, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala lima lagi parah, termasuk pemandu, dan empat lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Semua mangsa, mangsa maut dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat, manakala mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA>>> Hilang Sejak 10 Bulan, Pemandu Ditemui Bersama Kereta dalam Sungai
BACA>>> Tinggal Bini Tengah Lebuh Raya, Mujur Ada Abang Hilux Datang Bantu
SUMBER: BHarian
Leave a Reply