SATU lagi kemalangan membabitkan kenderaan berat berlaku. Kali ini di Negeri Sembilan yang menyebabkan sebuah kediaman rosak akibat dirempuh treler 30 tan jenis Volvo yang membawa muatan besi guna semula.
Berdasarkan maklumat, insiden berlaku di Jalan Peringkat 4, Felda Sendayan pada 16 Julai (Sabtu) lalu, kira-kira jam 9.15 malam. Mujur tiada mangsa mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Pemandu Treler Langgar Perancah Besi Positif Dadah
Menurut siasatan polis, treler itu dipandu seorang lelaki berumur 32 tahun dari Melaka menuju ke Sungai Pelek di Sepang, Selangor.
Apabila tiba di lokasi kejadian, treler dipandu suspek mengalami kerosakan enjin dan terhenti di laluan mendaki bukit, sekali gus menyebabkan kenderaan berat itu menggelongsor ke belakang hingga bahagian treler di belakang tergelincir ke bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh rumah mangsa.
BACA >>> Cemburu Punca Suspek Bakar 34 Motosikal Penghuni PPR Kampung Muhibbah
BACA >>> Brek Buat Hal, Lori Rempuh 9 Kenderaan, 3 Cedera di Lebuh Raya ELITE
Pemandu lori dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban untuk menjalani ujian saringan awal air kencing, dan ujian mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamin.
Pemandu itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak Narkotik IPD Seremban untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis mengesahkan masih melakukan siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan.
BACA >>> Ada Mahu Bantu Drebar Treler, Tapi Tidak Jadi Kerana Dituduh Mabuk
BACA >>> Lori Terbabas di Lebuhraya NKVE, Pemandu Positif Dadah Metamfetamin
BACA >>> Bas Asap Tebal: 20 Pekerja Kilang Termasuk Pemandu Selamat
BACA >>> Video Lori Mengundur Sebab Brek Rosak, Drebar Nekad Langgar Pokok untuk Berhenti
Leave a Reply