• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nahas 4 Kenderaan Di LPT 2: Budak Perempuan 10 Tahun Maut Tercampak Keluar

Nahas 4 Kenderaan Di LPT 2: Budak Perempuan 10 Tahun Maut Tercampak Keluar

July 18, 2022 By Farah Leave a Comment

FacebookTwitter

SEBUAH rakaman kamera pemuka (dashcam) menyaksikan dua kemalangan di tempat yang sama membabitkan empat kenderaan di Kilometer 425.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Kuala Terengganu, Kuala Terengganu pada malam Sabtu, menjadi tular di laman sosial.

Kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Pajero, Ford Ranger, sebuah lori dan sebuah kereta Proton Saga.


Nahas itu mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan maut tercampak keluar dari kenderaan Mitsubishi Pajero dinaikinya, sementara lima ahli keluarganya lain cedera.

Mangsa, Sayyeda Kadeja, 10 tahun, cedera parah di kepala dan anggota badan dan meninggal dunia sebaik tiba untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada pukul 2.19 pagi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zuraidi Mohd. Yusuf berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, Mitsubishi Pajero dinaiki enam beranak berkenaan telah terbalik akibat kemalangan itu.

"Mangsa (Sayyeda Khadeja) telah tercampak keluar kira-kira lima meter dari kenderaannya manakala lima ahli keluarganya yang cedera dibantu keluar oleh pengguna jalan raya lain," katanya.

Sementara itu pemandu Proton Saga FL yang terlibat dikenali sebagai Muhd. Nazif Hairuzamil, 24, dia dalam perjalanan menuju Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur sebelum melalui kawasan kemalangan itu.

"Ketika kejadian, kemalangan itu sudah berlaku dan saya cuba mengelak lori terbabit namun kereta saya terlanggar sebuah sebuah pacuan empat roda yang sudah remuk di lorong kanan lebuh raya.

"Selepas keluar daripada kereta saya lihat sebuah Pajero lain dalam keadaan terbalik dan terdengar tangisan kanak-kanak sebelum orang ramai mula berhenti memberi bantuan," katanya.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, rakaman dashcam kemalangan itu menjadi tular dan netizen mempersoalkan lebuh raya itu terlalu gelap mengakibatkan dua kemalangan berlaku berturut.

BACA>>> JPJ, Polis Nafi Beri Diskaun Saman 50 Peratus!
BACA>>> Ratapan Pilu Bapa Lihat Mayat Anak Kemalangan Ketika Konvoi Di LPT2

SUMBER: Kosmo, Utusan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: budak tercampak keluar, kemalangan lPT2, kemalangan maut, kemalangan viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev