• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?

JPJ Tanya Apa Susah Sangat Ambil Lesen Memandu?

July 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP kali pihak berkuasa membuat sekatan jalan raya (SJR) dan operasi membabitkan penunggang motosikal, pasti ada saja yang ditahan kerana melakukan kesalahan sama.

Begitulah dialami Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang melakukan operasi khas motosikal pada cuti sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Dua operasi sama diadakan di Perai yang melibatkan lebih 1,000 motosikal mengikut pecahan operasi seperti berikut:

8 Julai 2022
  • 451 motosikal diperiksa
  • 161 motosikal dikenakan 184 notis saman
13 Julai 2022
  • 551 motosikal diperiksa
  • 112 motosikal dikenakan 168 notis saman
SAMAN JPJ 2
SAMAN JPJ

Antara kesalahan dilakukan adalah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau road tax tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor plat fancy dan ekstrem, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, menanggalkan brek belakang dan tidak mempamerkan pelekat P.

Apa menarik perhatian, dua penunggang motosikal berkuasa sederhana tinggi ditahan kerana menunggang tanpa lesen memandu.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/07/Motosikal-Besar-Tiada-Lesen.mp4

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa meluahkan rasa kecewa dengan sikap dua penunggang tersebut yang tanpa rasa bersalah menunggang tanpa lesen. Apatah lagi sanggup berbelanja puluhan ribu demi memiliki motosikal berkuasa sederhana tinggi itu.

Adenan dipetik HMetro berkata;

Apabila disoal siasat, penunggang berusia 20-an memaklumkan dia menunggang motosikal berkenaan dari Kuala Ketil, Kedah untuk pergi ke tempat kerja di bahagian Pulau, negeri ini.

"Penunggang berusia 30-an menunggang motosikal dari Sungai Petani untuk membawa isteri menikmati juadah makanan.

"Lebih mengecewakan mereka bukan saja tiada lesen kelas B untuk mengendalikan motosikal berkuasa tinggi, bahkan tidak mempunyai lesen kelas B2 dan D yang ini menunjukkan mereka tidak kisah langsung kepada undang-undang.”

Beliau berkata lagi, ramai penunggang tidak memiliki lesen memandu sah akan bergerak secara berkumpulan atau konvoi sebagai strategi mengaburi mata penguat kuasa.

Kita dapati penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu akan bergerak secara konvoi (berkumpulan) untuk elak diri ditahan.

"Mengapa susah sangat buat lesen memandu hingga sanggup bayar saman sedangkan ia satu tindakan yang merugikan kerana membabitkan keselamatan diri?"

Operasi selama empat hari itu menyaksikan JPJ mengeluarkan 1,005 saman atas pelbagai kesalahan.

BACA >>> Kementerian Beri 100 Kiosk Baharu untuk JPJ Tahun Ini
BACA >>> #TahukahAnda: Berapakah Jenis Lesen Memandu di Malaysia?
BACA >>> 30 Jun Ini Hari Akhir Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh

SUMBER: JPJ Pulau Pinang | Harian Metro

Related

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Benelli TRK 502, Isu Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), roda2, saman jpj, Tiada Lesen Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev