• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nahas 7 Kenderaan di PLUS, Pemandu Treler Ada 13 Rekod Kesalahan Trafik

Nahas 7 Kenderaan di PLUS, Pemandu Treler Ada 13 Rekod Kesalahan Trafik

July 14, 2022 By Farah Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU treler yang terlibat dalam nahas tujuh kenderaan hingga mengorbankan empat sekeluarga di KM277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Ipoh, petang semalam disahkan memiliki 13 rekod kesalahan trafik.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berdasarkan rekod sejak 2008 hingga 2021 yang mama tiga daripada salah laku itu membabitkan kemalangan jalan raya.

Menurutnya, pemandu treler berusia 34 tahun itu kini ditahan polis dan ujian saringan air kencing mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh dadah.

Justeru, suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ssiasatan awal polis mendapati treler itu dalam perjalanan dari Taiping menghala Bukit Beruntung sebelum merempuh belakang sebuah kereta jenis Proton Persona yang dinaiki empat beranak.

Rempuhan itu menyebabkan treler dan kereta berkenaan menggelongsor ke depan dan merempuh lima kenderaan lain.

"Pemandu Proton Persona dan isteri serta dua anak perempuan mereka mengalami kecederaan parah, dan maut di tempat kejadian, manakala pemandu dan penumpang lima kereta lain tidak cedera," katanya.

Terdahulu media melaporkan empat mangsa yang maut akibat tersepit dalam kereta dinaiki dalam nahas tujuh kenderaan itu terdiri daripada empat beranak.

Mereka ialah Rahim Ramli, 60, bersama isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27. Semua jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 3 pagi tadi dalam satu liang lahad.

BACA>>> Mangsa Maut Nahas 7 Kenderaan di PLUS Empat Beranak
BACA>>> 4 Maut Tersepit dalam Kereta Nahas 7 Kenderaan di Lebuhraya PLUS dekat Ipoh

SUMBER: Utusan

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan maut, kemalangan maut empat beranak, kemalangan PLUS, kemalangan treler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev