• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Volkswagen Perkenal Program Pakar

BERITA AUTO: Volkswagen Perkenal Program Pakar

November 5, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Picture 1-001SEBAGAI sebahagian daripada inisiatif khidmat selepas jualan, Volkswagen memperkenalkan program Pakar Volkswagen (Volkswagen Experts) di Malaysia.

Program yang melibatkan 10 juruteknik pakar dan bertauliah dari Jerman – lebih dikenali sebagai Pakar Volkswagen – bakal bekerjasama rapat dengan para pengedar tempatan bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan.

Kumpulan Pakar Volkswagen itu bakal ditempatkan di beberapa pusat servis terpilih untuk memahami dan mengajar juruteknik tempatan dalam usaha mengenal pasti serta membaiki masalah yang dihadapi pemilik kereta Volkswagen.

Mereka akan berada di setiap pengedar terpilih selama dua minggu secara bergilir-gilir bagi memastikan tiada pusat servis yang tertinggal. Menerusi insiatif ini, Volkswagen Malaysia komited untuk menambah baik kemampuan servis para pengedarnya demi pertumbuhan serta kecekapan dalam  jangka masa panjang.

Picture 3-001“Volkswagen Malaysia akan terus melabur dalam aspek latihan dan pembangunan juruteknik di semua pengedar sah kami, demi meningkatkan lagi pengalaman selepas jualan para pelanggan,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller.

Sebagai maklum balas kepada perlunya kakitangan selepas jualan yang terlatih, Pakar Volkswagen akan turut membantu dalam melatih dan membangunkan kemahiran khidmat selepas jualan yang berkualiti. Kemahiran ini pastinya akan melengkapkan lagi para juruteknik tempatan dengan ilmu sewajarnya untuk menangani keperluan yang kian meningkat daripada pelanggan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Armin Keller, Pakar Volkswagen, Volkswagen Experts

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev