• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembonceng Sempat Buat 'Live' Sebelum Maut Dilanggar X70

Pembonceng Sempat Buat 'Live' Sebelum Maut Dilanggar X70

July 13, 2022 By Farah Leave a Comment

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VISUAL seorang wanita membuat rakaman secara langsung (live) di Facebook ketika sedang membonceng motosikal bersama suami dan anak lelakinya tular apabila mangsa maut dalam kemalangan di KM10, Jalan Kunak-Tawau, Sabah, Isnin lalu.

Dalam insiden kira-kira jam 4.45 petang itu, motosikal dinaiki tiga beranak itu dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70 hingga menyebabkan mangsa yang membonceng, Rina Samo, 38, maut di tempat kejadian, manakala suaminya, berusia 39 tahun, dan anak berusia 7 tahun cedera kepala, muka dan kaki.

Siasatan awal polis mendapati X70 dipandu lelaki berusia 54 tahun bergerak dari Tawau menuju ke Kunak, manakala motosikal dibenceng mangsa berada di depan lorong sama.

Ketika kemalangan, X70 dikatakan cuba memotong sebuah kereta di depannya, tetapi namun pada masa sama motosikal dinaiki mangsa hendak masuk ke simpang kanan. Namun, jarak terlalu hampir menyebabkan X70 itu tidak sempat mengelak hingga merempuh motosikal mangsa.

Rempuhan itu menyebabkan penunggang dan anak terpelanting ke bahu jalan, manakala mangsa wanita diseret kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, rakaman 'live' mangsa menyaksikan dia sedang merakamkan perjalanan menaiki motosikal sebelum tiba-tiba dilanggar hingga telefon bimbitnya terjatuh dengan memaparkan visual awan.

BACA>>> Pemandu BMW Tampil Rekod Keterangan, Ibu Mangsa Dakwa Dituduh
BACA>>> GearUp Buat Perodua Myvi Lebih Umphhh!!!

SUMBER: Kosmo

Related

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan x70, pembonceng, sempat buat live sebelum maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev