Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu BMW Punca Bayi Tercampak Tampil Beri Keterangan, Dakwa Dilanggar Kereta Mangsa
Auto Terkini

Pemandu BMW Punca Bayi Tercampak Tampil Beri Keterangan, Dakwa Dilanggar Kereta Mangsa

FarahBy Farah13/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMANDU BMW yang dikatakan melarikan diri selepas menjadi punca nahas kemalangan tiga beranak hingga menyebabkan seorang bayi berusia empat bulan kritikal akibat tercampak keluar di KM385.6, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, Tanjung Malim, kelmarin tampil memberi keterangan kepada polis.

Keterengang dibuat susulan tular hantaran ibu kepada bayi itu, Natasya Nadia yang memohon bantuan orang ramai jika memiliki rakaman kamera pemuka (dashcam) insiden tersebut.

Natasya memaklumkan bayinya, Aqasha Alhaq kini sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi untuk bayi (NICU) kerana mengalami patah tulang paha, patah tulang pinggul dan pendarahan otak.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pemandu lelaki berusia 30 tahun itu membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada jam 3.17 petang, semalam.

Menurutnya, pemandu itu datang ke IPD Muallim pada jam 10 malam untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati pemandu BMW itu tidak mengalami kecederaan dan kereta dipandunya mengalami calar pada sisi belakang kanan dan rim belakang sebelah kanan.

Punca kemalangan disebabkan mengubah haluan yang mana kereta BMW yang sebelum itu berada di lorong tengah secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan di depan laluan Proton Inspira,” katanya.

Menurut Mohd Hasni, ketika kejadian pemandu Inspira cuba mengelak melanggar BMW tersebut, tetapi kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terlanggar sisi belakang kanan BMW. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam hantaran terbaharu, Natasya masih memohon orang ramai berkongsi dashcam insiden bagi mengukuhkan bukti dan keterangan keluarganya.

Tolong sesiapa yang ada footage dashcam BMW tersebut mencilok dari sisi kereta saya atau dari kiri ke kanan (3 lane) Slim River 11 Julai 2022 7.05 atau sebelumnya, mohon kongsikan dekat saya! Saya difahamkan beliau menuduh suami saya melanggar belakang kereta beliau,” katanya.

BACA>>> Bayi Kritikal Tercampak Keluar, Ibu Mohon Bantu Cari BMW Kelabu
BACA>>> Video Penampakan ‘Entiti’ Putih Bertenggek Atas Pengadang di Lebuhraya Pedas-Linggi

SUMBER: FBNatasya| Kosmo

Auto Terkinin Bayi Tercampak BMW Dashcam kemalangan kemalangan jalan raya pemandu bmw Proton Inspira
Farah

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.