• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih Muatan Punca Lori Langgar 11 Kenderaan di JB-Woodlands

Lebih Muatan Punca Lori Langgar 11 Kenderaan di JB-Woodlands

July 12, 2022 By Wahid Leave a Comment

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA punca insiden pemandu lori merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor disyaki membawa lebih muatan ditetapkan.

Terbaharu, polis mengesahkan punca itu berdasarkan keputusan pemeriksaan ke atas lori itu di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

BACA >>> Lori Undur Hentam Waja, Tapi Netizen Kata Salah Wira
BACA >>> Polis Buru Dua Lelaki Warga Singapura Kencing di Pokok

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan ke atas masalah teknikal lain seperti brek juga sedang dijalankan.

Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor. Kita melihat daripada pelbagai aspek bagi mencari punca kejadian dan juga pihak yang bertanggungjawab.

"Kita sudah membuat serbuan di pejabat syarikat lori berkenaan untuk melihat rekod penyelenggaraan dan sebagainya," katanya.

Pemandu lori kini ditahan dan direman bagi menjalankan siasatan lanjut. Namun,  polis akan memohon lanjutan tempoh reman hingga siasatan tamat. Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek mempunyai 33 saman trafik lampau.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian akan melakukan siasatan segera dan mengambil tindakan tegas dalam kes berkenaan. Antara tindakan boleh diambil adalah menggantung permit syarikat.

Selain itu, Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) milik pemandu juga boleh digantung jika didapati melanggar undang-undang. Agensi bawah Kementerian seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan segera menjalankan siasatan Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) berhubung insiden tersebut.

Dalam insiden minggu lalu, sebuah lori merempuh 11 kenderaan yang didakwa mengalami masalah teknikal brek, melibatkan sebuah lori, sebuah bas, sebuah van dan sembilan kereta. Enam (termasuk lori hilang kawalan) dilanggar ialah kenderaan  tempatan, manakala enam lain bernombor pendaftaran negara asing.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku.

BACA >>> Lori Rempuh Banyak Kenderaan di JB-Woodlands, Menteri Janji Hukuman Tegas!

Related

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Kemalangan Tambak Johor, Kemalangan Woodlands

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev