• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ukur Sut Lumba Alpinestars, Stoner Kembali Asah Trek GP?

Ukur Sut Lumba Alpinestars, Stoner Kembali Asah Trek GP?

July 8, 2022 By Aryon Leave a Comment

651
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CASEY Stoner
memiliki hubungan yang rumit dalam perlumbaan Grand Prix (GP). Beliau pernah diangkat sebagai salah seorang pelumba paling berbakat sepanjang zaman dengan meraih dua kali juara MotoGP (dengan dua pengeluar berbeza).

Bagaimanapun, kejayaan itu tidak seiring dengan kegembiraan apabila Stoner mendedahkan dirinya menderita masalah tekanan mental dan kemurungan sepanjang karier GP.

BACA >>> Stoner Kongsi Tip Kalahkan Marquez
BACA >>> Komen 'Black Flag': Quartararo Bidas Stoner

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Casey Stoner AM (@official_cs27)

Kesihatan mantan pelumba Ducati dan Honda itu semakin merosot selepas bersara daripada MotoGP pada akhir musim 2012. Menjelang 2019, pelumba nombor 27 itu didiagnosis dengan masalah mialgik ensefalomielitis (ME), juga dikenali sebagai sindrom keletihan kronik (CFS).

Simptom itu membataskan tahap aktiviti Stoner, tetapi beliau baru-baru ini berkongsi berita optimistik dalam status Instagram miliknya.

Sesiapa yang mengikut akaun media sosial Stoner pasti tahu pelumba berusia 36 tahun itu pernah melakukan jelajah Eropah bersama keluarganya pada musim panas ini. Selepas trip pantas ke Greece, pelumba asal Australia itu menuju ibu pejabat Alpinestars di Asolo, Itali.

Stoner mendedahkan beliau kini perlahan-lahan rasa semakin baik sejak beberapa bulan lalu. Beliau juga berkata, ini kali pertama diukur untuk sut lumba dalam 12 tahun.

Pengumuman itu mencetuskan spekulasi mengenai episod seterusnya. Susulan kejayaan cemerlang dalam karier MotoGP, Stoner pernah diminta menjadi penunggang uji jentera prototaip MotoGP Honda sebelum menjadi pelumba uji rasmi Ducati pada 2026 hingga 2018.

Setakat ini masih tidak diketahui mengenai masa depan Stoner dengan Honda atau Ducati, tetapi beliau baru-baru ini menjadi tamu khas untuk pasukan Ducati Factory di GP Valencia dan Algarve. Bagaimanapun mengekalkan hubungan dengan pasukan Itali itu belum tentu menandakan berlaku sebarang pakatan perniagaan.

Padok Honda pula dikatakan paling memerlukan bantuan berikutan masalah pelumbanya yang bergelut dengan prestasi sepanjang musim ini. Itupun bukan menandakan Stoner akan menjadi penunggang uji Honda. Apapun, beliau bakal melakukan sesuatu yang baharu dengan sut Alpinestars dalam dunia GP.

Namun bagi peminat pula, ramai bergembira melihat senyuman manis yang terukir di bibir juara kelas premier dua kali itu.

BACA >>> Stoner Hidap Sindrom Letih Kronik, Punca Dia Tidak Lama dalam MotoGP
BACA >>> Stoner vs Marquez, Siapa Pemenang Lumba Fantasi?

SUMBER: RideApart

Related

651
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Casey Stoner, MotoGP, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev