• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peugeot Tawar Waranti, Servis Percuma 5 Tahun Kuat Kuasa Serta-Merta!

Peugeot Tawar Waranti, Servis Percuma 5 Tahun Kuat Kuasa Serta-Merta!

July 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMAZ Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) mengumumkan semua kenderaan diiedarkan wakil pengedar itu kini didatangkan dengan waranti dan servis penyelenggaraan percuma lima tahun.

Pengumuman itu berkuat kuasa serta-merta membabitkan semua model Peugeot 2008, Peugeot 3008, Peugeot 5008 dan model edaran BAASB (retrospektif) sejak dilantik Stellantis.

BACA >>> Ini Janji Bermaz untuk Pemilik Kia Malaysia
BACA >>> Bermaz Auto Alliance Buka Pusat 3S Peugeot Pertama di Glenmarie, Selangor

Pakej penyenggaraan percuma kepada pemilik kenderaan Peugeot didatangkan bersama jadual percuma yang diluluskan pengeluar, termasuk kos buruh, alat ganti dan pelincir.

Seiring penyenggaraan percuma lima tahun, model Peugeot di Malaysia akan menerima lanjutan selang servis 15,000km atau 12 bulan (mana satu tiba dulu).

Bagaimanapun, semua tawaran itu tertakluk terma dan syarat ditetapkan. Peugeot memperkenalkan selang servis baharu itu selepas selesai melakukan ujian tempoh panjang di Malaysia. Selang servis lebih panjang adalah strategi berterusan untuk mengurangkan penggunaan bahan pelincir dan servis penyenggaraan alat ganti untuk menangani impak negatif terhadap perubahan iklim.

Ia juga membantu mengurangkan kos pemilikan dan kunjungan ke bengkel sepanjang hayat kenderaan, manakala terma dan syarat waranti pengeluar tidak berubah.

BACA >>> Siapa Cakap Gear Kena Ada Tombol? Peugeot Perkenal Gear Baharu Guna Punat Sahaja!
BACA >>> Berjaya, Bermaz Sah Ambil Alih Pengedaran Peugeot di Malaysia daripada Naza

Pemilik Peugeot boleh layari laman Customer Peugeot untuk membuat tempahan servis atas talian atau memeriksa maklumat penting seperti perincian kenderaan dan maklumat jaminan, termasuk mencari pusat servis atau bilik pameran terdekat.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan mengirim e-mel kepada Khidmat Sokongan Pelanggan Peugeot ([email protected]) atau hubungi talian 03–7627 8818. Pelanggan Peugeot juga disarankan mengemas kini maklumat di BAASB Peugeot.

BACA >>> Peugeot 5008 (2020) Diperkenal dengan Rupa Depan Lebih Agresif, Penuh Seni!
BACA >>> Peugeot 3008, 5008 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM161k!
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Perkara Pemandu Silap Hingga Tak Sedar Kos Sara Kereta Bertambah

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bermaz Auto Alliance, Peugeot, Servis Peugeot, Waranti Peugeot, Waranti Peugeot 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev