• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat

34 Motosikal Rosak Terbakar di PPR Kg Muhibbah, Polis Syak Unsur Khianat

July 6, 2022 By Shawkath Leave a Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBANYAK 34 unit motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.

Insiden dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.21 pagi tadi, dipercayai perbuatan khianat dan polis kini sedang memburu suspek terlibat.

Kebakaran 34 Motosikal Kg Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur - 2
Kebakaran 34 Motosikal Kg Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur - 1

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dalam kenyataan berkata;

Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima panggilan daripada seorang perempuan warganegara melaluia talian MERS 999 mengenai kebakaran motosikal bawah Blok G, PPR Kg Muhibbah, Bukit Jalil.

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Polis dengan bantuan Forensik Bomba dari Balai Bomba Sri Rampai sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.”

Menurutnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran itu yang memusnahkan 34 unit motosikal yang diparkir rapat satu sama lain.

BACA >>> Parkir PPR Intan Baiduri Terbakar, 48 Motosikal, 4 Kereta Musnah
BACA >>> 53 Motosikal, 8 Kereta Hangus Terbakar di PPR Gombak Setia

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana ada unsur khianat.

Orang awam yang ada maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhamad Firdaus Eber di talian 014-364 9458 atau Polis Cheras di 03-9284 5050/5051.

Panggilan juga boleh dibuat kepada mana-mana balai polis atau Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999.

BACA >>> 120 Kenderaan Terpakai Hangus, Depoh Simpan Kereta Terbakar

SUMBER: Facebook

Related

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Balai Bomba Sri Rampai, Kes Bakar Motosikal, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev