SEBANYAK 34 unit motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.
Insiden dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.21 pagi tadi, dipercayai perbuatan khianat dan polis kini sedang memburu suspek terlibat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dalam kenyataan berkata;
Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima panggilan daripada seorang perempuan warganegara melaluia talian MERS 999 mengenai kebakaran motosikal bawah Blok G, PPR Kg Muhibbah, Bukit Jalil.
“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Polis dengan bantuan Forensik Bomba dari Balai Bomba Sri Rampai sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.”
Menurutnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran itu yang memusnahkan 34 unit motosikal yang diparkir rapat satu sama lain.
BACA >>> Parkir PPR Intan Baiduri Terbakar, 48 Motosikal, 4 Kereta Musnah
BACA >>> 53 Motosikal, 8 Kereta Hangus Terbakar di PPR Gombak Setia
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana ada unsur khianat.
Orang awam yang ada maklumat mengenai insiden itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhamad Firdaus Eber di talian 014-364 9458 atau Polis Cheras di 03-9284 5050/5051.
Panggilan juga boleh dibuat kepada mana-mana balai polis atau Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999.
BACA >>> 120 Kenderaan Terpakai Hangus, Depoh Simpan Kereta Terbakar
SUMBER: Facebook
Leave a Reply