SEBUAH video kamera pemuka (dashcam) menimbulkan rasa debar ramai apabila menyaksikan sebuah lori treler mengundur secara tiba-tiba lalu menghentam sebuah Proton Waja yang berada di belakangnya.
Impak rempuhan itu menyebabkan Waja tersebut remuk teruk di hadapan dan belakang memandangkan Waja tersebut berada di tengah-tengah dua treler.
Pun begitu, mujur pemandu Waja bertindak pantas apabila segera keluar dari kenderaanya daripada kejadian yang tidak diingini.
Rata-rata netizen percaya berkemungkinan treler tersebut mengundur disebabkan masalah brek. Pada masa yang sama, netizen menunding jari kepada sebuah Proton Wira dalam kemalangan tersebut.
Dalam rakaman itu, Wira tiba-tiba dilihat berhenti di tepi jalan dan seolah-olah teragak-agak meneruskan pemanduannya. Ini kerana netizen merasakan sekiranya Wira tersebut tiada disitu, Waja tersebut mungkin boleh selamat dengan memotong ke laluan kanan.
"Wira tu bengang kenapa stop pula dengan keadaan macam tu tak lalu cepat-cepat.. boleh la Waja tu potong," tulis Vu Thien Shiong
"Sang wira yang bebal...blah la woi. Camne waja nak lepas lari," tulis Cimeque Alif.
"Penyebab utama dia WIRA… Terhegeh-hegeh… Yang kiri mengundur dia boleh pulak terbrek-brek… Highway pun sama yang kiri eksiden kanan lak jem… Orang Malaysia ni betul2 prihatin 😁😁😁😁😁😁," tulis Jueaida Msyed.
BACA>>> Video Penunggang Langgar Myvi, Gabra Nampak Polis?
BACA>>> Motosikal Benelli Paling Popular di Itali, Catat Jualan Lebih 8k Unit
Leave a Reply