MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan Mercedes-AMG GLA 35 (2022) serentak dengan pelancaran model AMG A35 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
AMG GLA 35 adalah satu lagi produk pemasangan tempatan (CKD) di kilang Pekan, Pahang pada harga RM363,888, tidak termasuk insurans.
BACA >>> MBM Lancar AMG A35 Sedan (2022) Versi CKD, Harga Mula RM343k!
Berikut perinciannya:
- Pilihan warna disediakan: Denim Blue, Polar White, Iridium Silver, Mountain Grey dan Cosmos Black.
- Trenkuasa sama seperti sedan AMG A35 jenis petrol 4-silinder 1,991cc pengecas turbo berkuasa 306hp @ 5,800rpm dan tork 400Nm @ 3,000-4,000rpm.
- Perbezaan ialah sistem transmisi jenis dual-klac (DCT) 8-kelajuan AMG Speedshift 8G DCT, manakala sistem pacuan sama, AMG Performance 4Matic (semua roda).
- Pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.2 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj sama seperti sedan AMG A 35.
- Menerima sistem kawalan suspensi AMG Ride Control dan AMG Dynamic Select sebagai ciri standard.
- Rim aloi lima jejari kembar 20 inci dengan warna hitam kusam.
- Rupa depan menampilkan beberapa kelainan berbanding GLA standard, termasuk grill AMG vertical louvre dan apron depan AMG dengan spliter.
- Bampar belakang AMG ada difuser dan dua muncung ekzos. Begitu juga spoiler atas cermin belakang.
- Ruang kabin menerima kerusi sport kulit tiruan (leatherette) Artico atau gentian mikro Dinamica hitam (sama seperti AMG A 35).
- Ada tali keledar merah dan kerusi dengan sulaman benang merah.
- Stereng AMG Performance dengan balutan kulit Nappa dan butang rotari AMG.
- Hadir dengan lampu utama multisuluh (multibeam) LED dengan Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB).
- Bumbung dengan rel bersama lampu keliling dengan logo bintang Mercedes.
- Hadir dengan pakej kamera 360º, Bantuan Parkir Aktif (APA) dengan Parktronic, pakej Jejak Lorong, Bantuan Titik Buta (BSA), Bantuan Kekal Lorong Aktif (LKAA), Bantuan Amaran Keluar (DWA) dan Bantuan Brek Aktif (ABA).
- Pakej Keyless-Go Comfort dan Akses Bebas Tangan dengan Keyless-Go didatangkan bersama ciri keselamatan Urban Guard.
BACA >>> Tun M: Kualiti Bakal SUV Pertama Proton Sangat Bagus, Setaraf Kereta Eropah
BACA >>> Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!
BACA >>> Hab Sehenti 7 Tingkat Mercedes-Benz, Hap Seng Star Setia Alam Autohaus Dibuka!
BACA >>> Mercedes Benz GLC 300e 4Matic (CKD) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM374k!
BACA >>> #SembangDeras: Ambulans Langgar Persona, Siapa yang Bersalah?
Leave a Reply