• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Art Of Speed (AOS) 2022 Kembali Lagi 2 dan 3 Julai Ini!

Art Of Speed (AOS) 2022 Kembali Lagi 2 dan 3 Julai Ini!

July 1, 2022 By Farah Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS dua tahun menyepi berikutan pandemik Covid-19, Art of Speed (AOS) 2022 kembali mewarnai peminat automotif tempatan buat kali ke-10 tahun ini, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada Sabtu dan Ahad ini (2-3 Julai) jam 10.30 pagi hingga 8 malam.

Sama seperti AOS lalu, acara kali ini akan mempamerkan aneka motosikal kustom dan kenderaan ekstrem, termasuk reruai restorasi seni dan budaya kustom.

AOS 2022 turut dimeriahkan dengan tetamu luar negara daripada komuniti kustom dan juga media antarabangsa, seperti:

  •  Emi Suganuma, 'Sunny' Yano & Michi 'NATQQ' - MOONEYES, Jepun
  •  Scott Johnson - Mama Tried Motorcycle Show, Amerika Syarikat (AS)
  • Warren Heir Jr - Flat Out Friday, AS
  •  Yaniv Evans - Powerplant Motorcycles, AS
  •  Artis Chopper dan Kustom - Russell Murchie 'MOW', Australia
  •  Dino Dalle Carbonare - Speedhunters.com, Jepun
  • Yasuo Sekijima dan Satoru Ise - Vibes Magazine, Jepun
  •  Artis pinstripe Mil - Millart, Irvine Jasta dan Fahmi Freeflow, Indonesia
  • Aekalak Kitdusitpong - Pembuat model skala diecast - AKARA, Thailand

Menurut pengajur antara sorotan khas dalam AOS 2022 ialah:

  1. Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022
  2. Jelajah Hot Wheels Legends dengan menampilkan Monster Truck Bone Shaker bersaiz sebenar.
  3. Menampilkan paparan kolektif kenderaan yang terpilih dari seluruh Malaysia dengan nama “Garage Life”.
  4. Hail Vintage kembali menampilkan pameran pakaian kerja vintaj dan 32 vendor terpilih.
  5. Dewan D terdapat Off The Grid – iaitu gaya hidup perkhemahan sebagai konsep baharu dalam “outdoor lifestyle”
  6. Kustom & Koffee Talk bersama NoEqual.co yang akan membincangkan topik-topik terkini di dalam industri permotoran.

Selain itu, ada juga aktiviti lain seperti:

• Roda Rumble 2022 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
• La Cultura – Perhimpuanan Penghargaan Budaya Chicano yang pertama di Malaysia
• Tapak Makanan trak makanan (food truck), bazar jualan yang kali ini dengan tapak terlindung di tingkat paling bawah Dewan D
• Pasar lambak vintaj
• Perhimpunan pemilik Alfa Romeo
• Hot Wheels Club Malaysia (HWCM) Convention - Dewan D
• Bazar fesyen moden Streetware Con - Dewan D
• Demo dan paparan Mini Crawlers RC
• Perasmian produk atas pentas
• Zon pandu uji motosikal - Ducati, Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson


Selain itu, turut diadakan Festival Sound Circus yang menampilkan artis terkenal seperti Hujan, Sekumpulan Orang Gila (SOG), SweetAss, Iqbal M, Flop Poppy, Balok People dan ramai lagi. Festival Sound Circus akan diadakan pada Sabtu untuk pengunjung bersuai 18 tahun ke atas.

Tiket masuk:

  • Tiket Speed Lane: RM55 (sah dua hari)
  • Tiket Hujung Minggu  (tanpa konsert Sound Circus): RM35
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun: Percuma
  • Pemegang pas OKU: Percuma

Anda juga boleh mendapatkan tiket secara atas talian menerusi aos2022.qtic.my.  Maklumat lanjut mengenai acara boleh layari di www.artofspeedmy.com atau Facebook, ArtOfSpeedMY.

BACA>>> Art of Speed (AOS) 2022 - Kolaborasi Malaysia-Indonesia Bikin Vespa Klasik Jadi Versi Elektrik!
BACA>>> Art of Speed (AOS) Malaysia 2019: Pameran Kenderaan Kustom dan Vintaj di MAEPS, Hujung Bulan Ini!

programme run down SATURDAY
programme run down SUNDAY

Related

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Art of Speed (AOS) 2022, auto show, Auto Terkini, Pameran Auto, pameran kereta, Pameran Motosikal, Pameran Permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev