DUCATI akan mengambil alih tugas Energica untuk membekalkan motosikal elektrik dalam Kejuaraan MotoE Dunia 2023.
Ducati akhirnya mendedahkan jentera MotoE sendiri, Ducati V21L di bandar Modena, semalam. Berdasarkan foto didedahkan dalam laman web Ducati, V21L tampil seperti sebuah superbike Ducati biasa versi petrol. Foto juga menunjukkan fairing jentera dibuat daripada material gentian karbon.
BACA >>> Bagnaia, Miller Dedah Desmosedici GP22 dengan Skema Warna Merah Asli Ducati
Spesifikasi
- Battery 18 kWh dengan port pengecas 20kW yang disepadukan belakang pelana. Bateri terdiri daripada 1,152 sel jenis '21700' berbentuk silinder.
- Jentera V21L menghasilkan kuasa 150hp dan tork 140Nm dengan kelajuan maksimum 275kmj di litar Mugello. Tetapan kuasa lebih rendah itu dibuat sebagai keperluan menghabiskan jarak perlumbaan.
- Kotak bateri dibuat daripada gentian karbon yang menjadi sebahagian casis, seperti enjin dalam model Ducati Panigale V4. Ia juga disambungkan pada frem depan daripada aluminium seberat 3.7kg.
- Bahagian belakang casis terdiri daripada swingarm aluminium 4.8kg dengan geometri seperti jentera lumba Ducati Desmosedici.
- Berat keseluruhan jentera 225kg, iaitu 12kg lebih ringan daripada had maksimum disarankan Dorna dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).
- Fork depan terbaik (USD) Öhlins NPX 25/30 diameter 43mm, manakala belakang menggunakan monoshock Öhlins TTX36.
- Brek keluli kembar (bukan karbon) kembar Brembo 338.5mm di depan dengan kaliper Brembo GP4RR M4 32/36 calipers.
- Perisian elektronik Ducati Corse terdiri daripada Kawalan Traksi Ducati (DTC), Kawalan Gelincir Ducati (DSC), Kawalan Wheelie Ducati (DWC), dan tetapan kuasa enjin seperti jentera lumba Ducati lain.
Ducati V21L akan mula berlumba pada musim 2023, tetapi adakah Ducati akan menunjukkan aksi jentera elektrik itu di beberapa litar terpilih sebelum itu? Kami berharap ia akan datang ke MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kelak.
BACA >>> Ducati Kongsi Video Tunggang Uji Prototaip MotoE di Itali
BACA >>> Ducati 2021 Pecah Rekod Jualan Sepanjang Sejarah Penubuhan
Leave a Reply