• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Stinger GT - Limpahan Kuasa Seindah Rupa (Video + 14 Foto Menarik)

Kia Stinger GT - Limpahan Kuasa Seindah Rupa (Video + 14 Foto Menarik)

January 9, 2017 By Han Othman 2 Comments

FacebookTwitter

https://cardealermagazine.co.uk/publish/wp-content/uploads/2017/01/Kia-Stinger-GT-Exterior-8_EU-Spec.jpg
TANPA perlu meletakkan nama bombastik yang dikacukkan dengan digit-digit tertentu, Kia dengan tenang memperkenalkan sedan prestasi baharunya, Kia Stinger GT sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017 atau lebih dikenali sebagai Pameran Auto Detroit 2017 yang baru saja membuka tirai pada 8 Januari lalu.

Kia Stinger GT dibangunkan sebagai pesaing kepada BMW 4-Series GranCoupe dengan menampilkan sosok badan seksi dan anggun. Lihat saja garis agresif dan langsing yang bersambung hingga hujung belakang badan kereta dengan rupa lampu mengancam.

Agak mengejutkan juga apabila melihat desain Kia Stinger GT itu yang biasanya kita lihat pada model Audi dan BMW. Tetapi, apabila mengetahui individu penting di sebalik rekaan anggun itu, iaitu Ketua Pegawai Pereka (CDO) Kia, Peter Schreyer yang juga bekas pereka Audi, ia bukanlah sesuatu yang pelik atau menghairankan.

PAPAN PEMUKA MERCEDES-Y

kia-stringer-gt-10
kia-stringer-gt-rim

Menjengah ruang dalaman, rekaan papan pemuka Kia Stinger GT saling tidak tumpah seperti desain kabin-Y model Mercedes. Papan pemuka cembung sebagai pembahagi konsol tengah diaturkan ventilator penyaman udara dengan skrin paparan infotainment, manakala penampilan rim pula mengingatkan kita kepada gaya rim BMW.

Bagaimana pula prestasi enjin?

Spesifikasi diberikan memang mengujakan dengan enjin 3.3L pengecajturbo berkembar V6 yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 365hp dan tork 510Nm bersama paduan transmisi automatik 8-kelajuan. Hasilnya ialah pecutan 0-100kmj sepantas 5.1 saat yang disandarkan pada trenpacu roda belakang (RWD).

Khabarnya, Kia bakal memperkenalkan juga Stinger versi massa dengan kuasa enjin dilemahkan, direka khas buat pembeli yang lebih mementingkan penampilan rupa dan hiasan kosmetik. Apakah prestasi Kia Stinger GT seindah rupa? Apakah setanding pesaing-pesaing lain yang lebih senior?

GALERI

kia-stringer-gt-6
kia-stringer-gt-1
kia-stringer-gt-4
Kia Stinger
kia-stringer-gt-5
kia-stringer-gt-7
Kia Stinger
kia-stringer-gt-2
kia-stringer-gt-9
kia-stringer-gt-10
kia-stringer-gt-11
kia-stringer-gt-12
kia-stringer-gt-13
kia-stringer-gt-14

SUMBER: Road and Track

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW 4-Series GranCoupe, Kia, Kia Stinger GT, Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017, Pameran Auto Detroit 2017, Peter Schreyer, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev