BERMAZ Motor mengumumkan ketibaan siri kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover Mazda CX-8 edisi 2022 yang menerima penambahbaikan ciri serta pengenalan varian Turbo. Semua varian diperkenalkan itu adalah produk pemasangan tempatan (CKD).
Ada lima varian dengan pilihan trenkuasa petrol dan diesel. Sistem pacuan pula merangkumi dua roda (2WD) dan semua roda (AWD) untuk pasaran Malaysia. Berikut ialah perinciannya:
VARIAN DAN HARGA
- Mazda CX-8 2.5L 2WD Mid : RM177,674.40
- Mazda CX-8 2.5L 2WD High : RM183,452.40
- Mazda CX-8 2.5L 2WD High Plus : RM197,553.40
- Mazda CX-8 2.5L Turbo AWD High Plus : RM212,225.40
- Mazda CX-8 2.2L Diesel 2WD High Plus : RM204,758.80
*Harga di atas ialah harga atas jalan tanpa insurans, pendaftaran persendirian untuk Malaysia Barat
WARANTI
- Semua model Mazda yang didaftarkan akan menikmati jaminan pengilang selama lima tahun dan penyeleggaraan percuma lima tahun (kecuali Mazda BT-50).
- Jaminan dan penyelenggaran percuma itu ada had perbatuan iaitu 100,000km selain had masa 5 tahun (mana-mana tiba dulu).
WARNA
- Sebanyak tujuh pilihan warna disediakan untuk model SUV crossover Mazda CX-8 (2022) iaitu Platinum Quartz, Polymetal Gray, Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue dan Jet Black.
PERINCIAN
- Falsafah desain KODO: Soul of Motion yang memberi fokus terhadap perincian termasuk garis badan untuk pembentukan imej matang dan kukuh.
- Semua CX-8 edisi 2022 menerima ciri GVC Plus (Kawalan Vektoring-G) dan port sambungan USB untuk kerusi barisan ketiga.
- Kluster instrumen meter 7-inci. Ciri penyelarasan kerusi 6-tahap untuk penumpang depan.
- Pintu but belakang bukaan automatik (bebas tangan) dan cermin sisi boleh dilipat secara automatik.
- Varian 2.5L Mid dan High menerima balutan material kulit hitam untuk kabin.
- 2.5L High Plus pula mengekalkan balutan kulit Nappa dengan rona merah gelap.
- 2.5L High dan varian ke atas menerima pembaharuan rekaan grill, lampu signatur LED, lampu kabin LED serta pengecas wayarles dan sambungan Apple Carplay tanpa wayar yang boleh diakses menerusi paparan infotainmen 8-inci Mazda Connect.
- 2.5L High Plus dan varian ke atas pula ada tambahan kemasan Gunmetal pada grill depan dan krom pada bampar, tempat duduk depan dengan fungsi pemanas dan ventilator serta ciri i-Activsense dipertingkat membabitkan:
- Sistem Pencahayaan Depan Adaptif (AFS)
- Kawalan Lampu Tinggi (HBC)
- Sokongan Brek Pintar (SBS) depan dan belakang
- Kawalan Radar Jelajah Mazda (MRCC) dengan fungsi henti mula
TRENKUASA BAHARU
- CX-8 ada varian baharu yang dilengkapi trenkuasa SKYACTIV-G 2.5L Turbo yang menawarkan output kuasa 228hp dan tork 420Nm. Kelajuan maksimumnya ialah 200kmj. Varian baharu itu menggunakan sistem pacuan AWD.
- Trenkuasa dan konfigurasi tempat duduk Mazda CX-8 lain kekal sama tetapi varian dengan SKYACTIV-D 2.2L kini menggunakan pacuan 2WD.
- Semua varian dipasang kotak gear 6-kelajuan automatik SKYACTIV-DRIVE dengan mod Syif Manual.
BACA >>> Mazda CX-8 Lancar di Malaysia dengan Enjin Petrol dan Diesel, Tempahan Kini Dibuka
BACA >>> Mazda Bukan Lagi Jenama Arus Perdana, Tetapi Sudah Berstatus Mewah?
BACA >>> Mazda CX-60 (2022) Lancar di UK dengan Pacuan Roda Belakang, Harga Mula RM241k
Leave a Reply