JIKA anda merancang membeli motosikal advencer, ketahuilah keputusan itu belum cukup sekiranya tidak dimasukkan kos aksesori.
Bukan mahu meracun tetapi ada saja aksesori tambahan yang diperlukan kerana motosikal tersebut sememangnya dibuat untuk mengembara. Jika tidak dibuat kembara pun, motosikal itu akan nampak 'togel' tanpa aksesori.
BACA >>> Ducati Multistrada V2 (2022) Baharu Gantikan Multistrada 950, Harga Mula RM63k
BACA >>> Ducati Streetfighter V2 (2023) Tambah Warna Baharu, Harga RM77.3k
Terbaharu Ducati menawarkan pelbagai aksesori Multistrada V2 supaya penunggang dan pembonceng dapat menikmati perjalanan lebih baik.
Antara aksesori yang boleh dikira wajib untuk motosikal begini ialah kotak simpan barang. Ducati menawarkan rak aluminium belakang dan kotak sisi keras (rigid case) yang dibuat daripada bahan berkualiti tinggi supaya tidak dimasuki air dan tahan lasak.
Turut ditawarkan ialah tongkat tengah yang direka untuk praktikaliti dan kestabilan walaupun dalam proses mengangkat. Visor depan Gran Turismo pula 35mm lebih tinggi dan 20mm lebih lebar untuk perlindungan aerodinamik optimum.
Satu lagi aksesori yang menjadi keperluan ialah peranti navigasi. Banyak alternatif di luar sana sama ada menggunakan peranti khas atau telefon pintar. Kit navigasi satelit Ducati Zumo 396 yang ditawarkan mempunyai ciri seperti menyimpan laluan dan boleh dikongsikan dengan pengguna lain walaupun secara masa nyata (real time) melalui fungsi Group Track.
Kit dengan skrin saiz 4.3 inci itu tersedia dengan peta 46 negara Eropah, termasuk kemas kini percuma seumur hidup dan fungsi Wi-Fi untuk memuat turun peta secara wayarles. Lagi fungsi ditawarkan ialah modul Bluetooth untuk sambungan telefon bimbit atau mendengar muzik menerusi pemain MP3 terbina dalam.
Dari segi ketahanan, kotak (case) ini kalis air dan tahan percikan minyak serta sinaran ultraungu.
Satu lagi aksesori yang ditawarkan untuk membantu tunggangan ialah lampu limpah LED yang dapat memberikan suluhan lebih baik pada malam. Selain aksesori rekaan sendiri, Ducati turut bekerjasama dengan Rizoma dalam mengeluarkan beberapa komponen seperti tangki bendalir brek, cekam dan cermin pandang belakang.
Cermin itu direka dengan efek aerodinamik minimum. Bagi perlindungan komponen sensitif, Ducati menawarkan jaring untuk radiator dan penyejuk minyak aluminium yang disadur anod berkualiti tinggi.
Saduran itu mengekalkan penampilan asal dalam jangka masa lama.
Bagaimanakah pula ekzos? Memang ada, buatan Termignoni! Peredam itu menggunakan penutup muncung aluminium dan jaket titanium untuk meningkatkan alunan mekanikal enjin V2 ketika menunggang.
BACA >>> Jualan Ducati Januari-Mac 2022 Meningkat Tinggi, Multistrada V4 Paling Laku
BACA >>> #TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!
Leave a Reply