PENGGUNA motosikal petrol perlu membayar caj parkir jika meletakkan kenderaan di ibu kota Paris, Perancis bermula September ini.
Pihak berkuasa memilih mengenakan caj tersebut sebagai satu strategi mengurangkan pencemaran bunyi dan udara di ibu kota tersebut.
BACA >>> Paris Mahu Larang Kenderaan Masuk Pusat Bandar Bermula 2022
BACA >>> Paris Perkenal Pelekat Kod-Warna untuk Kenderaan Diesel, Dilarang Masuk Bandar
Pemilik motosikal elektrik pula dibenarkan parkir secara percuma, menurut pegawai majlis bandar raya kepada agensi berita Reuters.
Langkah itu selari kempen dijanjikan Datuk Bandar Paris daripada Parti Sosialis, Anne Hidalgo yang sepatutnya bermula Januari lalu. Bagaimanapun, penguatkuasaan terpaksa ditangguh kerana Hidalgo menyertai saingan dalam pemilihan Presiden Perancis menjelang musim bunga ini.
Satu lagi motif disebalik pendekatan itu ialah Paris mensasarkan untuk menguatkuasakan undang-undang ruang awam yang lebih baik. Ketua Mobiliti Paris, David Belliard memberitahu stesen radio;
Ada banyak sangat anarki apabila melibatkan aspek parkir. Dan kami juga perlu mengurangkan gangguan bunyi bising dan pencemaran.”
BACA >>> Perancis Perkenal Kategori Dua Roda Baharu, Boleh Tunggang Tanpa Lesen
Bagaimanapun, tiada kadar caj parkir untuk motosikal petrol diumumkan setakat ini. Apa diperkatakan caj adalah lebih rendah berbanding kereta petrol.
Sebelum ini, Perancis mengumumkan pemilik motosikal bukan penduduk Paris perlu membayar €3 (RM14) untuk parkir sejam di 11 daerah utama dalam ibu kota itu. Jika parkir di daerah terpencil lain, caj dikenakan €2 (RM9.30) sejam iaitu separuh daripada kos parkir kereta.
BACA >>> Peugeot P2X - Motosikal Konsep Gaya Perancis
BACA >>> Parkir Termahal Dunia, Baru Sejam Parkir Sudah Kena Caj Lebih RM5k!
BACA >>> Paris Mahu Kenakan Caj Parkir untuk Penunggang Motosikal, NGO Nak Demo!
BACA >>> Netizen Kecam, Sindir Menteri Umum Parkir Percuma di Bahu Jalan KL
BACA >>> Kadar Parkir DBKL Naik 150 Peratus, Cara Atasi Kesesakan KL Kini Ditemui
SUMBER: HindustanTimes
Leave a Reply