• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Kongsi Iklan Acah Alza (2022) Serba Baharu, Dedah Rekaan Rim, Gril Baharu!

Perodua Kongsi Iklan Acah Alza (2022) Serba Baharu, Dedah Rekaan Rim, Gril Baharu!

June 28, 2022 By Farah Leave a Comment

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI menambahkan lagi kehangatan detik pelancaran, Perodua kebelakangan ini kerap memuat naik video iklan acah model terbaharu jenama itu, Alza 2022 (D27A) di laman rasmi media sosialnya.

Bagaikan mahu membuatkan pelanggan terus berteka-teki, Perodua mencuri perhatian ramai dengan memaparkan perincian bahagian lampu, gril dan rekaan rim kenderaan pelbagai guna (MPV) generasi baharu itu.

Dalam video acah dikongsikan itu, Alza serba baharu itu menampilkan lampu belakang LED yang bersambung dengan panel hitam dan krom. Rekabentuk pula hampir sama dengan kembar MPV itu, Daihatsu Xenia dan Toyota Veloz di Indonesia.

Rekabentuk lampu depan juga mengetengahkan gaya  sama dengan sedikit perbezaaan pada lampu signal belok LED. Kekuatan rekabentuk MPV 7-kerusi generasi baharu itu terletak pada bahagian gril yang unik dan nampak mewah. Ini jelas perubahan dari segi rekaan gril baharu Perodua yang belum pernah ditampilkan pada model terdahulu.

Selain itu, Perodua turut menayangkan rim baharu Alza menerusi rekaan lima jari kembar yang menerima kemasan dwitona.

Perodua sudah membuka tempahan Alza baharu sejak 23 Jun lalu dan bakal dilancarkan secara rasmi awal Julai ini dalam tiga pilihan varian, X (asas), H (pertengahan) dan AV (premium).

Alza (2022) serba baharu didatangkan dengan enjin 4-silinder 1.5L Dual VVT-i berserta kotak gear automatik D-CVT. Difahamkan MPV ini mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan kadar penggunaan bahan api serendah 22km per liter.

BACA>>> Perodua Buka Tempahan Alza Serba Baharu (2022), Harga Mula RM62k!
BACA>>> Perodua Siar Video Acah Pertama Alza Serba Baharu!

Screenshot 2022-06-28 at 1.55.48 PM
alza palang jeriji
alza rim
alza

Related

410
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alza, alza 2022, Alza baharu, iklan acah, Perodua, Perodua (2022) Serba Baharu, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev