GARA-gara membuat pusingan-U di kawasan tidak sepatutnya, seorang pemandu Alza bersama penumpang nyaris disondol kenderaan lain.
Aksi itu sempat dirakamkan kamera pemuka (dashcam) milik Won Ahmad Fakhrul Anuar yang dikongsikan dalam media sosial.
Menurut Won, insiden itu dirakamkan ketika melalui jalan di Kuala Kangsar, Perak, Ahad lalu. Mujurlah kedua-dua kenderaan selamat daripada sebarang nahas.
Cerita semalam di Kuala Kangsar. Ini kalau kena mahu tersepit driver Alza. Saya bernasib baik sebab takde kereta dari depan. Kalau tidak entahlah Allah je yang tahu. Mujur kedua-duanya selamat," tulisnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap pemandu Alza tersebut yang boleh membahayakan nyawa orang lain dan diri sendiri.
U-turn kat double line... Macam LAHANAT!!!," kata Wan Faizal Rezauddin.
"Nasib la driver ni alert. Idok memang meletop Alza tu," kata AcekPutra Jr II.
"Kalau tak reti nak tengok cermin belakang jangan la buat u-turn macam tu.. Cari je mana-mana simpang lepas tu keluar semula.. Lagi selamat," kata Sarip Dol.
"Kalau aku dapat kunci Alza tu memang melayang dalam semak la kuncinya," kata Hanif Sapri.
BACA>>> Ibu, Anak 2 Tahun Cedera Langgar Van Warga Asing Buat 'U-Turn' Suka Hati
BACA>>> Lori Gelek Saga Ketika 'U-Turn' di Stesen Minyak
Leave a Reply