• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembonceng Parah Ditimpa Kelapa, MBPP Tebang 11 Pokok

Pembonceng Parah Ditimpa Kelapa, MBPP Tebang 11 Pokok

June 27, 2022 By Farah Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


OPERASI penebangan pokok kelapa di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang akan dijalankan hari ini berikutan tular kes seorang pembonceng wanita cedera akibat ditimpa kelapa, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz yang meninjau lokasi kejadian bersama pegawai landskap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Menurut Azrul, beliau sudah menghubungi anak mangsa untuk bertanyakan keadaan wanita berusia 50-an itu.

Mangsa dikenali sebagai Puan Anita sedang dirawat di HPP (Hospital Pulau Pinang) dan saya ada menghubungi anaknya bertanya khabar mengenai perkembangan mangsa. Perkara ini memang tidak diduga dan kita amat bersimpati.

"Jadi untuk mengelakkan kejadian sebegini berulang, kita akan jalankan kerja menebang 11 pokok kelapa bermula 2 petang ini di samping meneliti pokok berisiko lain sepanjang jalan," katanya.

Jelasnya lagi, operasi penebangan pokok akan dilakukan menggunakan jentera angkat atau skylift dan dijangka selesai sebelum 5 petang hari ini.

Sementara anak mangsa dikenali Yaya Ghani menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ibunya agak parah selepas terjatuh motosikal yang ditunggangi adiknya. Namun, dia bersyukur ibunya sudah sedar, tetapi masih menerima rawatan di HPP. Akibat insiden itu, ibunya patah tulang bahu kanan, patah tangan kiri dan cedera tulang rusuk.

Dalam pada itu, penduduk berhampiran memberitahu bahawa insiden kelapa luruh sudah kerap berlaku di kawasan tersebut, tetapi ini insiden pertama melibatkan manusia.

BACA>>>
Penangan 'Mat Kilau', Video Lama Rider Bersilat Selepas Dilanggar Tular Kembali
BACA>>>
Kelapa Jatuh Atas Kepala, Pembonceng Wanita Jatuh Tergolek

SUMBER: BHOnline

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, buah kelapa jatuh, pembonceng wanita, pokok kena tebang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
    KPDN Johor: Nozel RON95 Dicabut Bukan Sebab Habis Stok, Tapi Masalah Teknikal
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev