• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Spyshot: 'Baby Harley' Dikesan di Pulau Pinang, Lancar Tahun Ini?

#Spyshot: 'Baby Harley' Dikesan di Pulau Pinang, Lancar Tahun Ini?

June 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH street cruiser baharu dikesan sedang menjalani tunggang uji di kawasan perindustrian di Pulau Pinang. Motosikal jingga hitam itu dipercayai berasal daripada jenama QJMotor. Inikah 'Baby Harley'?

Rakaman video itu dikongsikan saudara ڤڠمبارا قرضيل di Facebook dan YouTube yang mendakwa motosikal itu dikesan sedang diuji sekitar Kawasan Perindustrian Valdor menghala Kawasan Perindustrian Batu Kawan.

BACA >>> Harley-Davidson Sedia Lancar Model 2-Silinder 338cc 'Baby Harley'
BACA >>> Rupa Sebenar 'Baby Harley' Didedahkan, Guna Platform Benelli 302S

Berdasarkan penelitian, motosikal itu dipercayai model QJ 300-12, juga dipanggil NTX300 atau SRv300. Di Malaysia, wakil pengeluar yang ada kaitan dengan QJMotor ialah MForce Bike Holdings.

Ini mungkin petanda awal MForce bakal meluaskan tawaran produk jenama QJ. Setakat ini, ada dua model menggunakan lencana QJ di Malaysia, SRK 600 dan SRT 800. Bagaimanapun, belum ada pengesahan sama ada model berkenaan diletakkan bawah rangkaian QJ atau menggunakan lencana lain di bawah MForce.

Maklumat awal diperoleh kami, motosikal tersebut mungkin tidak ditawarkan mengikut kapasiti asal 296cc, tetapi dalam julat 250cc yang sesuai dengan syarat lesen B2.

BACA >>> Bocor Imej Cruiser Terkecil Harley-Davidson 300cc, Enjin V-Twin, 30hp

QJMotor SVR 300 - 0
QJMotor SVR 300 - 1

Berdasarkan klip video dan pandangan awal, motosikal itu mengekalkan hampir semua komponen seperti model luar negara. Apa yang pasti, enjin V-Twin akan dikecilkan kapasiti. Berikut perincian QJMotor 300 pasaran luar:

QJ Motor 300 - 2
QJ Motor 300 - 0
QJ Motor 300 - 1
  • Trenkuasa 4-lejang 2-injap V-Twin (2-silinder) 296cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 30.7hp @ 9,000rpm dan tork 26Nm @ 7,000rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan, manakala sistem penghidup jenis elektrik.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) dengan travel 110mm di depan dan absorber kembar di belakang.

  • Sistem brek cakera 300mm (depan) dan 260mm (belakang) yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim aloi 16 inci depan menggunakan tayar 120/80, manakala rim belakang 15 inci dengan tayar 150/80.
  • Dimensi panjang 2,110mm, lebar 850mm, dan tinggi 1,100mm, manakala jarak roda 1,400mm dan tinggi pelana 700mm.
  • Kapasiti tangki minyak 13.5 liter dan berat keseluruhan 163kg.

BACA >>> Cruiser QJ SRV500, Naked Bike SRK400 Bakal Lancar untuk Pasaran Global
BACA >>> Harley-Davidson Paling Mampu Milik Lancar Tahun Ini?
BACA >>> WMoto V16 - Cruiser Gaya Amerika Kini di Malaysia, Harga RM15.9k!

SUMBER: Facebook | QJMotor | Facebook

Related

307
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Baby Harley, Foto Intip, MForce Bike Holding Sdn Bhd, QJ Motor 300, QJ Motor SRV 300, roda2, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev