• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Pathfinder (2022) untuk Timur Tengah Dilancar, Enjin 3.5L V6, Transmisi 9-Kelajuan, 7-Kerusi!

Nissan Pathfinder (2022) untuk Timur Tengah Dilancar, Enjin 3.5L V6, Transmisi 9-Kelajuan, 7-Kerusi!

July 24, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

491
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK boleh dinafikan segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kini mendapat sambutan hangat daripada sekecil-kecil segmen-B hingga sebesar segmen-D.

Menariknya, SUV dengan tiga baris tempat duduk juga popular. Kenapa pengguna tidak memilih kenderaan pelbagai guna (MPV) saja? Boleh jadi disebabkan rekabentuk rugged selain pemanduan dan pengendalian yang lebih meyakinkan.

BACA >>> Nissan X-Trail Facelift Buka Tempahan Serendah RM139k, Ada Tambahan Varian Hybrid
BACA >>> ETCM Perkenalkan Nissan X-Trail Tuned by IMPUL, Harga Mula RM139k

Antara SUV tiga baris tempat duduk di pasaran tempatan ialah Nissan X-Trail, Mazda CX-8, Tiguan Allspace dan model premium seperti Volvo XC 90 dan BMW X7. Bakal menghangatkan tawaran nanti ialah Proton yang dikatakan turut akan menawarkan SUV tiga baris tempat duduk.

Sekali lagi membuatkan kami tertanya, kenapa tidak ditawarkan MPV saja?

Salah satu SUV yang sudah lama di pasaran ialah Nissan Pathfinder. Menariknya, bermula Terrano, ia turut dijual di negara kita. Sejak 1985, Pathfinder berkembang hingga generasi kelima dan dilancarkan pada 2021 (model 2022). Satu ciri Pathfinder ialah sesaran enjin besar dengan menjadikan Amerika Syarikat (AS) dan Timur Tengah sebagai sasaran jualan.

Pada Jun lalu, Nissan memperkenalkan Pathfinder (2022) di Timur Tengah dengan transmisi automatik 9-kelajuan baharu.

Model itu datang dengan pakej lengkap dari segi saiz dengan tiga baris tempat duduk, enjin 3.5L V6 dan transmisi multikelajuan. Penggunaan transmisi automatik ZF itu adalah naik taraf baharu daripada kotak gear transmisi CVT pada model terdahulu dengan mengekalkan beberapa kelebihan yang ada.

Seperkara menarik, ia lebih ringan berbanding CVT, dan lebih cekap berikutan rekabentuk baharu dan aktuator responsif. Nissan mendakwa nisbah gear Pathfinder adalah paling besar dalam segmen SUV yang mengutamakan kuasa atau kecekapan apabila diperlukan.

Gear rendah memberikan kuasa segera untuk pemanduan meyakinkan atas jalan raya biasa dan off-road, manakala gear tinggi mengekalkan rev enjin serendah mungkin untuk kecekapan penggunaan bahan api. Secara am, jumlah gear tinggi mengurangkan situasi 'tak cukup gear'.

Transmisi itu dipadankan sistem pacuan empat roda (4WD) pintar serba baharu dengan tujuh mod pemanduan dan rupa bumi (terrain) bagi mengharungi pelbagai kondisi pemanduan. Pengguna di Timur Tengah turut ditawarkan model pacuan dua roda (2WD).

Pathfinder (2022) dijana enjin 3.5L V6 berkuasa 284hp dan tork 340Nm. Di Abu Dhabi, Pathfinder dijual pada harga bermula 138,000 dirham (RM165,535) bagi model S 2WD hingga 189,000 dirham (RM226,710) untuk SL 4WD 7-kerusi.

BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k
BACA >>> Harga Nissan Fairlady Z (2022) JDM Diumum, Paling Murah RM177k

Nissan Pathfinder (2022)

Related

491
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Nissan, Nissan Pathfinder, Nissan Pathfinder 2022, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my