• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penangan 'Mat Kilau', Video Lama Rider Bersilat Selepas Dilanggar Tular Kembali

Penangan 'Mat Kilau', Video Lama Rider Bersilat Selepas Dilanggar Tular Kembali

June 27, 2022 By Farah Leave a Comment

610
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FILEM epik sejarah, 'Mat Kilau' arahan Syamsul Yusof yang baru ditayangkan beberapa hari lalu di pawagam nyata mendapat sambutan luar biasa dan hangat diperkatakan netizen media sosial.

Gara-gara penangan filem box-office itu,  sebuah video kemalangan lama seorang penunggang motosikal bersilat tiba-tiba selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Alza kembali tular.

Dalam klip video itu, seorang penunggang motosikal didapati melanggar lampu isyarat merah hingga dirempuh sebuah Alza yang datang dari laluan kiri.

Impak rempuhan membuatkan penunggang tersebut terpelanting dan jatuh, tetapi mangsa kemudian terus bangun dan membuka langkah silat di tempat kejadian. Mangsa juga dilihat memegang kaki, dipercayai menahan sakit akibat cedera, sebelum sekali lagi bersilat di situ.

Sementara itu, datang seorang penunggang motosikal lain berhenti untuk membantu  menaikkan motosikal mangsa tanpa menghiraukan mangsa yang sedang bersilat.

Video tersebut sebenarnya dirakam Januari tahun lalu, tetapi kembali dikongsikan dek penangan filem Mat Kilau di pawagam.

Mat silap 😂," kata Are C Are.

"Laki aku ajak tengok Mat kilau Jumaat nie naik ghisau pulak aku kang balik dok bersilat kat rumah 😆," kata Ruslian Muhamad.

"Langsung jadi Mat Kilau??? biar betul atauuuuu... 😭😭😭Sakit tuuu... Moga memory tak lost," kata Halimah.

Namun, ada juga netizen percaya mangsa mempunyai ilmu persilatan yang mana langkah silat dilakukannya itu adalah untuk merenggangkan saraf.

Apa pun, kita doakan sajalah abang rider kita berada dalam keadaan baik dan diharapkan kemalangan tersebut menjadi iktibar supaya jangan sesekali melanggar lampu isyarat.

BACA>>> Buah Kepala Jatuh Atas Kepala, Pembonceng Wanita Jatuh Tergolek
BACA>>> Maut Atas Bumbung Kereta

Related

610
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, mat kilau, Penunggang Motosikal, penunggang motosikal bersilat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev