• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / ACO Tech Lancar Sistem Operasi Unit Infotainmen Bersepadu ATLAS Auto

ACO Tech Lancar Sistem Operasi Unit Infotainmen Bersepadu ATLAS Auto

June 24, 2022 By Farah Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ACO Tech baru-baru ini melancarkan ATLAS, iaitu sistem operasi (OS) infotainmen bersepadu dalam kenderaan.

Pada masa sama, ACO Tech turut mengumumkan kerjasama strategik bersama UOB Malaysia, Fass Payment Solutions Sdn Bhd ('Fasspay'), dan FIVE Petroleum Malaysia (FIVE).

BACA >>> Teknologi Tukar Gear, Akses Unit Infotainmen Guna Satu Butang Rotari Sahaja
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Kemas Kini Perisian Unit Infotainment Proton X70?

ATLAS, yang dibangunkan secara tempatan, ialah sistem pengendalian yang dibina sebagai penyelesaian sistem automotif, dan beroperasi menggunakan platform sumber terbuka, Android 10 dan ke atas.

ATLAS juga komited membentuk ekosistem automotif baharu yang menghubungkan perisian dan perkakasan, termasuk sistem maklumat hibur dalam kenderaan menerusi aplikasi mudah alih dinamakan ATLAS Auto. Selain itu, terdapat komunikasi sentuhan manusia, iaitu teknologi yang boleh digunakan untuk menghubungkan antara kenderaan dan aplikasi mobil.

OS itu direka khas bagi konsep gaya hidup terhubung manusia yang disepadukan dalam pengalaman automotif pemandu. Pada masa sama, ATLAS menjadi ekosistem berskala yang boleh disesuaikan dalam kitaran pembangunan pengeluar automotif.

Berikut kerjasama ACO Tech bersama UOB Malaysia, Fasspay dan FIVE bagi menghasilkan perkhidmatan terhubung secara keseluruhan.

5.AA - ATLAS Discover (Info)
2.1 AA - Vehicle (Car Condition)

CIRI PEMBAYARAN KENDERAAN: ACO Tech, UOB Malaysia dan Fasspay bekerjasama dalam menghasilkan sistem dompet digital (e-wallet) dan sistem pembayaran automotif bersepadu yang direka khas untuk persekitaran dalam kereta (car inboard). Ciri ini dijadualkan siap sedia selewatnya suku keempat tahun ini.

PENGALAMAN MEMANDU BEBAS GANGGUAN: Kerjasama bersama FIVE menawarkan sokongan berkaitan automotif seluruh negara melalui rangkaian luas penyedia perkhidmatan yang diluluskan, pengusaha automotif dan pengalaman mengisi minyak yang lancar di stesen minyak FIVE.

Selain itu, ACO Tech dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan penyelesaian automotif berasaskan awan (cloud) pada Huawei Cloud untuk pasaran serantau.

Kerjasama diperluaskan itu bakal menyaksikan kedua-dua syarikat memanfaatkan teknologi masing-masing untuk mempercepatkan inovasi dalam aplikasi perisian untuk Data Raya dan Kepintaran Buatan (AI) dalam usaha menggalakkan penggunaan gaya hidup mobiliti pintar.

Sehingga kini, ada lebih 10,000 kereta atas jalan yang dilengkapi ATLAS dan aplikasi ATLAS Auto. ATLAS kini tersedia dalam kenderaan yang dilengkapi unit infotainmen ATLAS yang menggunakan OS Android 10.0 dan ke atas.

BACA>>> What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik
BACA>>> Porsche Lancar Sistem Infotainment untuk Model Klasik 1965-2005

Related

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: ACO Tech, aksesori, ATLAS, Auto Terkini, Fass Payment Solutions Sdn Bhd ('Fasspay'), FIVE Petroleum Malaysia (FIVE), sistem infotainment kereta, Sistem Operasi (OS), Unit Infotainmen, UOB Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev