• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz VISION EQXX Ini Boleh Dipandu sejauh 1,202km Sekali Cas!

Mercedes-Benz VISION EQXX Ini Boleh Dipandu sejauh 1,202km Sekali Cas!

July 22, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAEDAH popular untuk membuktikan kecekapan penggunaan minyak sesebuah kenderaan adalah ujian memandu jarak jauh. Kebiasaannya melibatkan sejauh kereta itu mampu dipandu dengan setangki minyak penuh.

Dengan kebanjiran pelbagai model kenderaan elektrik (EV), ada pengeluar menggunakan kaedah sama yang mana setangki minyak digantikan dengan jarak pemanduan sekali cas penuh.

BACA >>> Mercedes-AMG GLA 35 (2022) CKD Kini di Malaysia, Harga RM363k!
BACA >>> Porsche Buka Kilang Pemasangan di Kedah, Fasiliti Pertama Luar Eropah!

Baru-baru ini, Mercedes-Benz VISION EQXX melakukan ujian seumpama itu dengan menunjukkan hasil memberangsangkan.

Jangan terkejut, sekali cas penuh mampu dipandu sejauh 1,202km, sekali gus memecahkan rekod sendiri yang dibuat pada April lalu, iaitu 1,008km.

Bagaimanapun, sedan elektrik VISION EQXX bukan untuk dijual, tetapi dalam bentuk model konsep yang memberikan bayangan produk dan teknologi yang bakal ditawarkan Mercedes-Benz pada masa depan.

Pandu Dari Mana ke Mana?

Pemanduan 1,202km itu bermula dari Stuttgart, Jerman ke Silverstone, Britain, yang mana rekod terdahulu dibuat pada April dari Stuttgart ke Cassis, Perancis dengan jarak 1,008km. Kedua-dua perjalanan hanya menggunakan sekali cas penuh tanpa tambahan.

Perjalanan ke Silverstone melibatkan persinggahan di ibu pejabat Pasukan Formula Satu (F1) Mercedes-AMG PETRONAS di Brackley untuk menemui pakar F1 dan Formula E yang membantu membangunkan trenkuasa canggih kereta berkenaan.

Tiba di Silverstone, VISION EQXX dipandu pula pelumba Mercedes-EQ Formula E, Nyck de Vries yang memandu hingga kelajuan maksimum 140kmj di litar tersebut dengan menghabiskan 11 pusingan. Bukan bermakna sedan EV itu hanya boleh dipandu setakat 140kmj sahaja, cuma sengaja dihadkan begitu.

Antara aspek utama dalam rekod dilakukan itu adalah pembangunan sistem pengurusan termal inovatif dengan mencatatkan penggunaan tenaga 8.3kWh per 100km dalam situasi trafik sesak dan suhu musim panas.

Dalam tempoh perjalanan 14 jam 30 minit, penyaman udara hanya beroperasi lebih sedikit daripada lapan jam dengan impak negatif minimum pada keseluruhan penggunaan tenaga.

Selain membuktikan keberkesanan teknologi kecekapan elektrik Mercedes-Benz dalam situasi trafik sebenar, perjalanan itu juga memberikan data bernilai kepada pasukan pakar kajian dan penyelidikan (R&D) untuk program pembangunan berterusan. Berikut ringkasan perjalanan VISION EQXX dari Stuttgart ke Silverstone:

  • Bermula: Dari Stuttgart Untertürkheim, Jerman pada 21 Jun 2022.
  • Berakhir: Di Silverstone, Britain pada 22 Jun 2022.
  • Laluan Perjalanan: Untertürkheim (Jerman), Reims, Calais (Perancis), Brackley (Britain).
  • Jarak Perjalanan: 1,202km
  • Tempoh Pemanduan: 14 jam 30 minit (lebih dua hari).
  • Purata Kelajuan: 83kmj
  • Kelajuan Maksimum: 140kmj
  • Purata Penggunaan Tenaga: 8.3 kWh/100km.

Sebenarnya, bukan Mercedes-Benz sesuka hati menguji produk dengan jarak cas. Namun, jika diperhatikan dalam forum EV tempatan pun, pemilik juga suka mencuba kebolehan kereta elektrik masing-masing.

Memang seronok menyaksikan sudah ada perkembangan positif mengenai EV yang menunjukkan potensi diterima dalam kalangan pengguna tempatan lebih meluas.

BACA >>> Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé (1955) Ini Dijual RM630j!
BACA >>> Mercedes-AMG GT Black Series dengan DNA Jentera Lumba, RM1.8 Juta!

Mercedes-Benz VISION EQXX.01
Mercedes-Benz VISION EQXX.02
Mercedes-Benz VISION EQXX.03
Mercedes-Benz VISION EQXX.04
Mercedes-Benz VISION EQXX.05
mercedes-vision-eqxx-1
mercedes-vision-eqxx-2
mercedes-vision-eqxx-3
mercedes-vision-eqxx-4
mercedes-vision-eqxx-5
mercedes-vision-eqxx-6

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Mercedes-benz, Mercedes-Benz VISION EQXX, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev