• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Maut Atas Bumbung Kereta

Maut Atas Bumbung Kereta

June 24, 2022 By Farah Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki maut apabila motosikal Yamaha Y15ZR ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Saga BLM dipandu wanita warga emas di KM50 Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 9.50 pagi itu, mangsa, berusia 26 tahun, yang bekerja sebagai penghantar makanan, tercampak atas bumbung kereta dan meninggal dunia.

Sementara itu, pemandu Saga berusia 67 tahun itu tidak memberhentikan kereta selepas kemalangan tersebut sebaliknya terus memandu sejauh 400 meter, sebelum dihentikan orang awam.

Menurut polis, mangsa yang menunggang bersendirian datang dari arah rumahnya di Kampung Tebok Berihun, Sabak Bernam menuju ke Pulau Indah. Pemandu Saga pula datang dari arah bertentangan, dipercayai masuk simpang di jalan tersebut secara tiba-tiba hingga menyebabkan mangsa di laluan  lurus gagal mengelak lalu merempuh pintu penumpang depan kereta tersebut.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak atas bumbung dan meninggal dunia. Pemandu wanita warga emas itu hanya cedera ringan pada pinggang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut memaklumkan wanita warga emas itu menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, termasuk masalah buah pinggang dan juga berjalan terhincut.

BACA>>> Tenang Habis!!! Wanita Tumbangkan Palang Parkir Siap Tangkap Gambar
BACA>>> Microsleep Berkait Rapat Prestasi Seharian Manusia, Kata Pakar

SUMBER: Kosmo

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, kemalangan maut, Penunggang Motosikal, Proton Saga BLM, Yamaha Y15ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev