• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Lega Pembeli Masih Dapat Pengecualian Cukai Jika Daftar JPJ Sebelum Mac 2023

Perodua Lega Pembeli Masih Dapat Pengecualian Cukai Jika Daftar JPJ Sebelum Mac 2023

June 22, 2022 By Farah Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR nasional, Perodua menyambut baik pengumuman Kementerian Kewangan (MoF) yang membenarkan pelanggan menikmati pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka ditempah sebelum 30 Jun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua berterima kasih atas pengumuman tersebut kerana memberi ruang kepada industri dan pasaran untuk memenuhi permintaan pengguna, sekali gus memberi masa pihaknya mengatasi pelbagai isu sedia ada.

Perodua

Menurutnya, antara isu yang memberi kesan kepada industri automotif tempatan adalah impak Covid-19, kekurangan komponen dan kekurangan tenaga kerja.

Isu ini masih lagi ditangani yang mana Perodua dan pembekal sedang mencari jalan penyelesaian bersesuaian dan lanjutan masa untuk mendaftarkan kenderan ditempah, serta memberi kami ruang amat diperlukan untuk mengatasi isu tersebut," katanya.

Zainal Abidin berkata lagi, pengumuman MoF memberi jaminan kepada pelanggan Perodua supaya dapat menikmati insentif pengecualian cukai jualan yang membantu industri sejak 2020. Justeru Perodua sedang cuba memenuhi pesanan tertunggak yang masih tinggi

Status Penghantaran

Antara Januari hingga Mei tahun ini, Perodua mendaftarkan 106,179 kenderaan, iaitu 10 peratus melebihi 96,281 unit yang didaftarkan dalam tempoh masa sama tahun lalu.

Daripada jumlah 106,179 itu, Myvi menjadi model paling laris dengan 31,689 unit pendaftaran, diikuti Axia (24,024 unit) dan Bezza (23,336 unit).

Pada 20 Jun lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan pelanggan yang membuat tempahan sebelum 30 Jun 2022 masih boleh menikmati inisiatif pengecualian cukai jualan asalkan kenderaan didaftarkan dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada atau sebelum 31 Mac 2023.

BACA>>> Jualan Perodua Januari-Mac 2022 Naik 6.4 Peratus, 61,624 Kenderaan Terjual!
BACA>>> Cadangan Ini Lebih Baik Tanpa Perlu Lupus, Naikkan Cukai Jalan Kereta Lama

SUMBER: SinarHarian

Related

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, Cukai Jualan Kenderaan, Kementerian Kewangan, Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev