• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bentley Continental GT Supersports Tampil Lebih Buas dan Berkuasa

Bentley Continental GT Supersports Tampil Lebih Buas dan Berkuasa

January 7, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter

bentley-continental-gt-supersports-bg
BENTLEY Continental GT Supersports akhirnya kembali selepas lama berdiam diri sejak 2013. Sekarang lihatlah apa yang ditampilkan jentera grand tourer ini, sebuah enjin pengecaj turbo-berkembar W12 dengan kuasa 700hp dan tork 1,017Nm, iaitu ekstra kuasa 79hp dan tork 217Nm berbanding model terdahulu!

Dengan output sebuas itu, tidaklah mengejutkan coupé mewah itu mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.4 saat dengan kelajuan maksimum 283kmj. Malah, versi konvertibel turut dimunculkan juga, cuma pecutan 0-100kmj sedikit lambat, 3.7 saat, yakni perlahan 0.3 saat sahaja. Kelajuan maksimum dicatatkan juga perlahan, iaitu 278kmj. Bagaimanapun, ruang kepala versi konvertibel menawarkan lebih keselesaan dan kebebasan.

Bentley turut melengkapkan varian Supersports terbaru itu dengan penaiktarafan terkini dari segi pengendalian dan pembrekan. Sistem suspensi ditala lebih rendah dan tegap berbanding Continental GT normal. Kuasa disalurkan menerusi sistem pemvektoran tork pacuan semua roda (AWD) yang mengalihkan 60 peratus kuasa kepada roda belakang secara default, tetapi masih boleh dilaraskan mengikut kemahuan pemandu.

PERSEMBAHAN DINAIK TARAF

Bagi menghentikan jentera seberat lebih 2 tan itu, Bentley menggunakan brek seramik karbon bersaiz besar pada setiap roda, 16.5 inci di depan dan 14 inci di belakang.

Penggayaan juga mengalami perubahan. Paling menonjol sudah tentu gril depan, lohong sisi dan spoiler. Begitu juga rim tempa 21-inci dan ekzos leper bujur. Pakej 'X Specification' memberikan pembeli opsyen lapan skema warna dua tona bersama cermin gentian karbon dan bahagian trim lain.

Bentley turut menawarkan ekzos titanium yang lebih ringan 4.5kg. Di sebalik kemewahan hiasan dalaman daripada material kulit dan Alcantara, trim papan pemuka pula dilatari kemasan gentian karbon, termasuk trim dan lapisan yang sedia ada pada model Bentley. Setakat ini, tiada maklumat harga diberikan atau bilakah model mewah itu akan muncul di pasaran.

GALERI

SUMBER: Autoblog

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bentley, Bentley Continental GT, Bentley Continental GT Supersports, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my