• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ajal Rempuh Lori Rosak, Anggota Cawangan Khas Bukit Aman Maut

Ajal Rempuh Lori Rosak, Anggota Cawangan Khas Bukit Aman Maut

June 22, 2022 By Farah Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG anggota polis maut apabila motosikal kuasa besar ditungganginya merempuh belakang sebuah lori rosak di KM445.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Rawang, Selangor, semalam.

Mangsa, Sarjan Dino Subono, 46, yang juga anggota Cawangan Khas Bukit Aman, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Menurut siasatan, kemalangan kira-kira jam 6 petang itu berlaku apabila lori dipandu lelaki berusia 37 tahun yang sedang dalam perjalanan dari Cheras menghala ke Rawang, mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.

Pemandu lori tersebut baru saja menghubungi mekanik dan kemudian hendak turun dari kenderaannya untuk meletakkan reflektor amaran segi tiga sebelum dikejutkan dentuman sebuah motosikal yang melanggar belakang lorinya.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia, manakala pemandu lori tidak cedera. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk dibedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>>
Dilanggar dari Belakang, Pemandu Jazz Maut Tercampak Keluar
BACA>>>
Video Lori Mengundur Sebab Brek Rosak, Drebar Nekad Langgar Pokok untuk Berhenti

SUMBER: HarianMetro

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan maut, kemalangan motosikal, maut rempuh kenderaan rosak, polis kemalangan maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my