PELUMBA Repsol Honda, Stefan Bradl melepuh kaki dalam aksi GP Jerman minggu lalu disebabkan kegagalan pasukan pengilang itu menyediakan fairing khas untuk mengelak bahang enjin.
Bradl ditugaskan menggantikan pelumba utama Honda, Marc Marquez yang masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan kali keempat. Ini bermakna, Bradl disenaraikan sebagai pelumba pasukan itu di Sachsenring.
BACA >>> Tip Rossi: Yamaha Jadi Juara Dunia Kalau Serius Tubuhkan Pasukan Penunggang Uji
Bagaimanapun, peluang beraksi di laman sendiri itu menjadi mimpi ngeri buat pelumba berpengalaman itu yang sudah 29 kali tampil mewakili Honda daripada 115 penampilan dalam MotoGP. Lebih parah, kecederaan itu meletakkan Bradl di kedudukan terakhir akibat bergelut dengan kesakitan sepanjang perlumbaan.
Fairing RC213V dikatakan mengalami masalah panas lampau, juga isu sama yang pernah dibangkitkan pada pusingan pemanasan. Justeru Bradl menggesa Honda memandang berat masalah tersebut.
Aku tak tau sebab apa aku tamatkan perlumbaan tu. Aku dah lebih 20 saat kat belakang rider paling belakang.
"Kau rasa bodoh dan macam kena main kat rumah sendiri di GP Jerman. Memang teruk gila beb. Honda tak mampu ke nak buat fairing supaya rider selamat daripada bahang panas.
"Ini mesej untuk diorang, aku tak dapat terima, tak bolehlah macam ni kan. Aku dah hadap banyak race yang susah dan panas, tapi benda macam ni aku tak tau macam mana nak setel"
BACA >>> Quartararo Juara GP Jerman! Peluang Kekal Gelaran Juara Dunia Kini Makin Cerah
BACA >>> Kena Bedah Lagi, Bradl Ganti Marquez di GP Sepanyol!
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply