• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tip Rossi: Yamaha Jadi Juara Dunia Kalau Serius Tubuhkan Pasukan Penunggang Uji

Tip Rossi: Yamaha Jadi Juara Dunia Kalau Serius Tubuhkan Pasukan Penunggang Uji

December 22, 2020 By AI Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUSIM depan Valentino Rossi tidak lagi bersama Yamaha Factory Racing MotoGP dan akan berlumba di bawah pasukan satelit Petronas Yamaha SRT.

Bagaimanapun pelumba senior itu masih sudi bersuara untuk berkongsi pendapat mengenai isu Jorge Lorenzo dan strategi Yamaha jika mahu kembali menjadi juara dunia. Rossi berkata, Lorenzo tidak menjadi penunggang uji  Yamaha bukan isu besar dan tiada masalah pun pasukan pengilang itu memilih Cal Crutchlow.

Namun, masalah utama dilupakan Yamaha ialah tiada pasukan penunggang uji.

Rossi berkata;

Sebelum 2020, semua pengeluar lain duk ada pasukan test rider yang sangat aktif buat test kat Eropah. Lihat saja test rider macam Pirro, Bradl, Pedrosa. Masalahnya, Yamaha tak ada pasukan macam itu. Depa banyak buat test kat Jepun dengan rider Jepun.

"Macam mana pun, itu bukan masalah besar. Masalah utama, Yamaha test motor kat Jepun yang tak ada kaitan dengan trek Eropah. Sedangkan kita kena race dengan tayar yang ada banyak ride kat trek Eropah. Aku selama ini dah cuba bagi pressure kat Yamaha Jepun untuk dapatkan tim test rider khas. Khabar baiknya, depa ikat kontrak dengan Lorenzo.

"Sayang, Lorenzo baru buat job tu sehari kat Malaysia. Kemudian Covid-19 pulak mai dan semua kena berhenti. Lepas lapan bulan, dia cuma berada kat Portimão ja. Jadi Lorenzo tak dapat nak kerja betul-betul. So, perkara pertama Yamaha kena buat ialah bentuk tim test rider secara serius tahun depan dan buat lebih banyak test kat Eropah".

Rossi turut menyatakan keinginannya menyaksikan Dovizioso menjadi penunggang uji kerana pelumba itu sangat laju dan memiliki fiil tunggangan yang kuat, sangat sensitif serta banyak pengalaman.

Berdasarkan apa tersirat daripada apa disampaikan Rossi itu, beliau seakan hendak beritahu, 'Lorenzo belum bekerja, kenapa kena ganti?'

BACA >>> Rossi: Yamaha dalam Hati, Aku Akan Akhiri Karier di Sini
BACA >>> Gale Speed Tawar Komponen Aftermarket Tuil Brek Ibu Jari untuk Yamaha YZF-R25
BACA >>> #RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2021 MotoGP, autoterkini, Hong Leong Yamaha, Jorge Lorenzo, Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi, Yamaha Factory Racing MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my