GEMBAR-gembur Acura Integra (2023) baharu memang menjadi. Dari sebelum hingga selepas pelancaran Integra terus menjadi topik perbualan hangan. Masakan tidak, Integra sendiri ialah nama besar dan ada ramai peminat.
Terbaharu, Integra dibawa memasuki perlumbaan acara permotoran Pikes Peak International Hill yang berlangsung pada 26 Jun lau.
BACA >>> Selimut Honda NSX Type S Ini Berharga Lebih RM2.7k!
BACA >>> Tiada Lagi Lumba Motosikal Daki Bukit di Pikes Peak International Hill Climb
Acara legenda itu adalah perlumbaan edisi ke-100 dengan empat unit model pengeluaran Acura dan dua NSX Type S digunakan untuk berlumba, manakala sebuah lagi sebagai pace car.
Seperti kebiasaan, penyertaan Acura melibatkan persediaan kereta, kru dan pemandu yang terdiri daripada jurutera sukarela dari pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Ohio. Integra itu dipandu pelumba baharu dalam Pikes Peak, Paul Hubers.
Seperkara menarik, badan Integra menggunakan grafik merah, kelabu dan putih sebagai menghargai kereta lumba pertama Acura. Model dimaksudkan itu ialah Integra generasi pertama yang menang dua tahun berturut-turut Kejuaraan IMSA 1987 dan 1988 dan dipandu pelumba Parker Johnstone.
Penyertaan tahun ini adalah kali ke-12 berturut-turut buat Acura yang menduduki 25 podium, 12 tempat pertama dan pelbagai catatan rekod. Perlumbaan Pikes Peak di Colorado memang mencabar dan terkenal dengan julukan perlumbaan ke langit.
Ada 156 selekoh dengan jarak keseluruhan 19.98km dan dimulakan pada ketinggian 9,390 kaki yang mana pelumba perlu mendaki hingga ketinggian 14,115 kaki. Menggalas cabaran itu ialah enjin standard 1.5L turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan.
Dari segi penawaran, memang ada model Integra dengan transmisi manual yang dikhaskan untuk Integra A-Spec. Mengenai kuasa belum didedahkan, tetapi jika merujuk model kilang, ia berkuasa 200hp dan tork 260Nm. Enjin pula memang standard kecuali beberapa komponen dinaik taraf seperti brek, suspensi dan diferensial daripada Honda Performance Development (HPD).
Rim ditukar dengan ukuran 18x9 inci daripada HRE yang menurunkan berat kereta dan dipadankan tayar lumba slik Pirelli.
BACA >>> Acura Integra (2023) Ditawar di AS dengan Opsyen Gear Manual, Harga Mula RM126k
BACA >>> 300 Unit Acura NSX Type S (2022) Habis Ditempah Dalam 24jam!
Leave a Reply