• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Bagaimanakah Cara Kaburkan Rumah Anda dalam Google Maps Street View?

Bagaimanakah Cara Kaburkan Rumah Anda dalam Google Maps Street View?

January 5, 2017 By Han Othman Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRIVASI tetap menjadi perkara paling penting dalam kehidupan hari ini walaupun ramai juga menganggap ia sebagai benda remeh dan tidak kisah berkongsi hal-hal peribadi sebagai tontonan umum. Google Maps, misalnya, menyediakan bantuan navigasi bergambar bagi carian alamat, rumah dan perniagaan bagi menjadikan pengalaman sistem pemetaan lebih interaktif dan realistik.

Bagaimanapun, ramai juga pengguna mengadu tentang pencerobohan privasi yang dilakukan Google dan mahukan firma carian Internet terbesar dunia itu melakukan sesuatu untuk melindungi ruang persendirian mereka. Keputusannya, Google menyediakan tetapan khas dalam Google Maps yang membolehkan anda mengaburkan rumah (atau premis peribadi) sebagai cara melindungi privasi.

google-maps
Cara pertama ialah menaip alamat rumah dalam Google Maps dan lihat apakah kediaman anda itu termasuk dalam arkib gambar dirakamkan Google. Apabila peta muncul, anda boleh lihat ikon orang - warna oren - dalam peta kecil di penjuru kiri.

Kemudian, anda cuma melintaskan imej tetikus (roll over) atas peta kecil itu untuk melihat jalan-jalan yang difotokan Google. (lihat gambar di bawah).

google-maps-2
Anda boleh terus saja menggerakkan ikon orang untuk pergi ke mana-mana laluan atau jalan dalam peta kecil itu - berwarna biru - bagi mencari rumah anda. Jika jalan ke rumah anda tidak berwarna biru, itu bermaksud gambar rumah anda terselamat daripada difotokan Google.

Sekarang, bagaimana pula mahu mengaburkan rumah anda?

google-maps-3
google-maps-4
  • Pergi ke Google Maps dan taip alamat rumah anda.
  • Tukar aplikasi Google Maps kepada versi paparan jalanan (street view).
  • Lihat di penjuru bawah kanan skrin, anda boleh lihat label Report a problem atau Laporkan masalah (foto atas kiri). Klik.
  • Anda akan dibawa ke laman Report Inappropriate Street View atau 'Laporkan Street View Yang Tidak Sesuai' (foto atas kanan) yang dipaparkan bersama previu imej rumah anda itu.
  • Di dalam previu imej, ada grafik kotak yang boleh digerakkan untuk melaraskan ketepatan lokasi rumah anda. Gunakan + atau - untuk paparan zum.
  • Jika mahu rumah dikaburkan, klik saja pada My house atau Rumah saya. Kemudian nyatakan alasan kenapa anda mahu mengaburkan rumah itu. Contohnya; “My cat hate photography. He will feel honoured if you make it blurred.”
  • Beritahu Google bahagian mana pada foto tersebut yang mahu kaburkan.
  • Taipkan e-mel dan kod pengesahan seperti yang diminta. Klik Submit atau Serah.
  • Periksa semula beberapa hari selepas serahan dibuat.

Anda juga boleh melakukan cara sama untuk mengaburkan nombor plat kereta dan muka anda (jika terakam). Malah, jika anda masih mahu gambar premis perniagaan anda dalam Google Maps, tetapi tidak mahu nombor plat kenderaan syarikat ditunjukkan, anda juga boleh melakukan langkah sama.

Selamat mencuba!

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: cara kaburkan rumah dalam Google Maps, Google, Google Maps, Google Street View, navigasi, privasi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev