• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Netizen Puji MPAJ Banteras Cop Parkir, Boleh Jadi Contoh Kepada PBT Lain

Netizen Puji MPAJ Banteras Cop Parkir, Boleh Jadi Contoh Kepada PBT Lain

June 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

957
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MAJLIS Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuat sitaan beberapa objek yang dipercayai digunakan individu tidak bertanggungjawab untuk cop parkir.

Operasi itu dibuat di kawasan pangsapuri kos rendah di sekitar Ampang pada Rabu lalu selepas menerima aduan orang ramai. MPAJ menerusi satu perkongsian di Facebook berkata:

Operasi MPAJ Cop Parkir - 2
Operasi MPAJ Cop Parkir - 7

“Operasi sitaan halangan di tempat awam dan jalan awam oleh Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Penguatkuasa dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPAJ.

“Operasi diadakan di Rumah Pangsa Kos Rendah 420, Bandar Baru Ampang dan Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Bakti, Taman Cempaka. Ia berikutan aduan orang ramai.

“Jika anda mempunyai aduan sila salurkan melalui http://aduan.mpaj.gov.my atau saluran nombor Whatsapp kami 019-266 8100. Terima kasih.”

Berdasarkan foto dikongsi, antara objek yang dirampas termasuk kon, pasu bunga, kotak polisterin, tong cat dan kerusi plastik.

BACA >>> #ApaNakBuat: 'Jiran dari Neraka' Parkir Depan Rumah Kita?

Operasi MPAJ Cop Parkir - 1
Operasi MPAJ Cop Parkir - 5

Usaha MPAJ itu menerima pujian dari netizen yang menggesa agar pendekatan sama dilakukan di beberapa lokasi lain termasuk berhampiran Menara MPAJ.

Ada juga netizen menyarankan supaya pihak berkuasa tempatan lain menjadikan MPAJ sebagai contoh dan mengikuti langkah yang diambil untuk mencegah perbuatan cop parkir.

Tidak kurang juga netizen mengesyorkan idea memberi sesuatu ganjaran kepada tukang lapor berhubung isu sama.

BACA >>> PDRM: Salah atau Tidak Cop Parking Ikut Undang-Undang?
BACA >>> Macam-Macam Hal, Guna Papan Lapis Buat Parkir Kereta Sendiri Atas Laluan Awam

Operasi MPAJ Cop Parkir - 0
Operasi MPAJ Cop Parkir - 2
Operasi MPAJ Cop Parkir - 3
Operasi MPAJ Cop Parkir - 4
Operasi MPAJ Cop Parkir - 5
Operasi MPAJ Cop Parkir - 6
Operasi MPAJ Cop Parkir - 7
Operasi MPAJ Cop Parkir - 1

Related

957
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cop Parkir, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Menara MPAJ, Rumah Pangsa Kos Rendah 420, Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Bakti

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • OMODA C9 PHEV Bakal Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM220k!
    OMODA C9 PHEV Bakal Lancar di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM220k!
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev