• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kenapakah Mesti 'Delete' Data dalam Unit Infotainmen sebelum Jual Kereta?

Kenapakah Mesti 'Delete' Data dalam Unit Infotainmen sebelum Jual Kereta?

June 21, 2022 By Wahid Leave a Comment

286
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISU privasi data bukan saja membabitkan telefon pintar atau komputer saja, tetapi juga kereta, termasuk sesetengah motosikal, kerana produk automobil masa kini menyimpan data peribadi dalam unit infotainmen.

Justeru pakar privasi data yang berpangkalan di Berlin, Jerman menasihatkan pemilik kenderaan supaya memadamkan data dalam sistem infotainmen atau pautan Bluetooth sebelum menjual kenderaan.

BACA >>> What Car? Senaraikan 20 Kereta dengan Sistem Infotainment Terbaik

Ini kerana penggunaan sambungan wayarles menerusi pautan Bluetooth menyimpan banyak rekod seperti panggilan dan data peribadi, termasuk kenalan, rakan dan keluarga. Malah, fungsi navigasi turut menyimpan destinasi yang pernah diakses atau disimpan. Walaupun tidak semua data disimpan dapat dikesan dan dibaca pengguna, tetapi ia masih boleh diguna pakai serta terdedah kepada salah laku.

Malangnya, tidak semua manual kenderaan disediakan pengeluar menunjukkan cara memadamkan data yang disinkronisasikan (sync) kepada unit infotainmen. Apatah lagi kepada mereka yang menukar unit stereo lama kepada sistem infotainmen menggunakan aksesori selepas jualan (aftermarket).

Salah satu cara, anda boleh gunakan fungsi 'set semula kilang' (factory reset) yang akan memadamkan semua data mengembalikan sistem infotainmen kepada tetapan asal. Pastikan telefon anda tidak dipaut kepada unit infotainmen kereta sebelum melakukan tetapan reset tersebut supaya data dapat dipadamkan menyeluruh.

BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

Kepada mereka yang menyewa kereta, atau menggunakan perkhidmatan sewa atau pajakan kereta seperti SoCar, GoCar dan seumpamanya, jangan 'sync' data dengan unit infotainmen ketika menyewa.

Sebaiknya, gunakankan solusi komunikasi seperti Android Auto atau Apple Carplay kerana walaupun perisian itu membolehkan anda membuat panggilan secara bebas tangan, data peribadi masih disimpan dalam telefon pintar.

BACA >>> Waze Buat Hal, Pemandu Volvo Warga Emas Tersilap Masuk Lorong Motosikal
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?

Related

286
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Data Peribadi, Sistem Infotainment, tahukah anda, Unit Infotainment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev