• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stoner vs Marquez, Siapa Pemenang Lumba Fantasi?

Stoner vs Marquez, Siapa Pemenang Lumba Fantasi?

June 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

323
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CASEY Stoner dan Marc Marquez memiliki sejarah rumit dalam Kejuaraan Dunia MotoGP kerana dua pelumba itu tidak dapat menyelesaikan 'perbezaan' mereka di trek lumba.

Justeru ramai peminat kerap berdebat tentang siapa mungkin memenangi perlumbaan fantasi jika dua juara MotoGP itu berentap.

Stoner bersara ketika Marquez mula menempah nama. Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan mahu kembali berlumba walaupun gagal mengotakan kata-katanya sejak bersara sepenuhnya pada 2012. Stoner pada 2020 pernah memberitahu Fox Sports;

Depa asyik tanya aku soalan tu. Adakah aku mampu kalahkan budak Marc tu? Ya, mungkin dalam perlumbaan tertentu.

“Kalau Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo, Valentino Rossi dan Dani Pedrosa boleh buat, dah tentu aku pun boleh.”

Pada masa sama Stoner juga pernah mengakui kehebatan Marquez sebagai pelumba yang sukar hendak ditewaskan.

Marquez ialah pewaris Stoner dalam pasukan Honda. Hubungan kompleks terjadi apabila Stoner kekal sebagai penunggang uji ketika Marquez dipilih sebagai pelumba utama pasukan itu.

Stoner berkata;

Kat Honda, aku cuma penunggang uji sekali-sekala, aku tak ada tugas lain dan untuk cerita hakikat sebenar, mereka langsung tidak manfaatkan sepenuhnya potensi aku.

“Aku rasa Marquez dan semua pengiringnya rasa terancam dengan aku. Aku tak tau apasal depa fikir macam tu tapi itulah rasa hati aku.

“Masa aku kat Honda untuk buat beberapa ujian, untuk cuba benda baru yang boleh dipindahkan kepada pelumba. Jadi, aku ada kat sana untuk bantu Marc. Tapi, betullah tu semua orang kena ikut rider nombor satu.”

Stoner pernah memenangi dua kejuaraan MotoGP, danMarquez pula memiliki koleksi enam kali juara. Marquez kini disahkan mengundur daripada saingan musim 2022 kerana perlu menjalani pembedahan keempat dan sedang berehat untuk pulih.

BACA >>> Casey Stoner Tarik Diri Jadi Penunggang Uji Honda Sebab Marquez Tak Suka?
BACA >>> Stoner Kongsi Tip Kalahkan Marquez
BACA >>> Stoner Hidap Sindrom Letih Kronik, Punca Dia Tidak Lama dalam MotoGP
BACA >>> Stoner Sedih Rossi Tak Mengancam Macam Dulu, Ke Petronas SRT Seperti Turun Pangkat

SUMBER: Crash

Related

323
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, Casey Stoner, Dani Pedrosa, Jorge Lorenzo, Marc Marquez, MotoGP, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev