• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Modenas Kriss Tukar Status Jadi Euro4, Tahun Depan!

Modenas Kriss Tukar Status Jadi Euro4, Tahun Depan!

June 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERNAH suatu ketika, motosikal jenama Modenas mudah dilihat di setiap sudut jalan raya. Pada masa itu, model kapcai Kriss boleh diibaratkan seperti Perodua Myvi hari ini.

Sejak debut pada 2016, Kriss tiada masalah berdepan Honda EX5 sebagai motosikal popular dalam negara. Apapun populariti motosikal rakyat mula pudar apabila Yamaha 135LC diperkenalkan.

Modenas Kriss_4
Modenas Kriss_6
Modenas Kriss_5

Modenas juga pernah mengetengahkan pengganti Kriss, tetapi gagal membuahkan hasil. Apapun, Kriss masih kekal sebagai nama model paling tua dalam siri moped Modenas hingga hari ini.

BACA >>> Dapat Kepakaran Kawasaki, Supermoped Modenas Baharu Tiga Tahun Lagi?

APA CERITA KRISS

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan mengumumkan Modenas sebenarnya kini menduduki ranking ketiga pendaftaran tertinggi motosikal di Malaysia.

Jumlah pendaftaran motosikal Modenas berdasarkan data rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ialah 8,358 unit pada bulan lalu, iaitu rekod tertinggi sejak 2008. Bulan April pula, jumlah pendaftarn motosikal Modenas ialah 7,850 unit dan menduduki ranking ketiga tertinggi di Malaysia.

Roslan mendedahkan, model paling laris ialah Kriss 110 MR3 dengan menguasi sekitar 7,000 unit didaftarkan sepanjang Mei 2022. Catatan pendaftaran itu membuktikan Kriss masih mendapat permintaan tinggi seluruh negara, termasuk sambutan baik di Sabah dan Sarawak.

BACA >>> Modenas Bakal Perkenal 4 Model CKD Kawasaki Tahun Ini!

HALA TUJU KRISS?

Seperti diketahui, Kriss masih menggunakan sistem karburetor ketika pesaing lain sudahpun menawarkan teknologi suntikan bahan api (FI) pada model masing-masing walaupun berkapasiti rendah.

Roslan berkata, Modenas ada pelan memberikan pembaharuan terhadap siri Kriss supaya model tersebut dapat terus dijual tahun depan seiring syarat emisi Euro4 di Malaysia. Buat masa ini, Kriss masih berstatus Euro3.

Ketua Selepas Jualan Modenas, Yusmey Mohd Yusoff berkata;

Kriss sebenarnya sudah bersedia untuk migrasi ke standard Euro4. Untuk mencapai piawaian itu, ada beberapa tambahan perlu dibuat dan jika boleh kami merancang menawarkan keperluan itu pada tahap minimum kepada umum untuk kekal sebagai motosikal rakyat.”

Roslan menjelaskan;

Ada beberapa perubahan perlu dibuat termasuk menukar beberapa komponen. Tetapi untuk patuh dengan syarat itu, Modenas kini dalam proses ke arah itu.”

BACA >>> Sah! Modenas Nak Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R Tahun Depan
BACA >>> Modenas Kriss Seringgit, Rezeki Hantar Anak Sekolah
BACA >>> #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?

Related

4.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kapcai, Modenas, modenas kriss, roda2, Roslan Roskan, Yusmey Mohd. Yusoff

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev