HARGA runcit petrol RON97 naik lagi sebanyak 11 sen seliter daripada harga asal RM4.72 per liter kepada RM4.83 seliter bermula tengah malam ini, 16 Jun hingga 22 Jun nanti.
Dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit baharu itu dilakukan mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).
Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras harga siling RM2.05 seliter, manakala diesel kekal RM2.15 seliter.
Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
"Sungguhpun harga pasaran sebenar kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan, sepertimana dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran," katanya.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dari semasa ke semasa dan mengambil langkah bersesuaian bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
BACA>>> Harga RON97 Kini RM4.70 Seliter, RON95, Diesel Kekal Disubsidi! [26/5-01/06/2022]
BACA>>> Harga Petrol Naik Lagi! RON95 Kini RM2.05 Seliter, Mula Esok (27/02/21)
SUMBER: KementerianKewangan
Leave a Reply