• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marah Tak Beri Laluan Ketika Jalan Sesak, Penunggang Bertumbuk dengan Pemandu

Marah Tak Beri Laluan Ketika Jalan Sesak, Penunggang Bertumbuk dengan Pemandu

June 15, 2022 By Farah Leave a Comment

401
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MACAM-macam hal! Hanya kerana enggan memberikan laluan ketika trafik sesak, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta bertindak luar kawalan apabila saling bertumbuk di jalanan.

Aksi pergaduhan itu dirakamkan pengguna jalan raya lain ketika melalui Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini, kira-kira jam 7.15 malam.

@kosmoonline Gara-gara enggan mengetepikan kereta ketika jalan sesak mencetus pergaduhan antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1, Shah Alam kelmarin. #beritatiktok #trending ♬ original sound - Kosmo!

Ketika kejadian, lalu lintas di situ dalam keadaan sesak dan kedua-duanya saling bertumbukan di tepi  jalan sebelum dileraikan pengguna jalan raya lain.

Polis berkata, siasatan awal mendapati pertengkaran itu tercetus apabila pemandu kereta jenis Naza Ria berusia 29 tahun, enggan memberikan laluan untuk dilalui penunggang motosikal.

Tindakan tersebut menyebabkan penunggang motosikal pula, berusia 31 tahun, dan penunggang lain tidak dapat meneruskan perjalanan kerana terhalang. Situasi itu membuatkan berlaku pertengkaran mulut yang kemudian meleret kepada pergaduhan.

Kedua-dua lelaki itu kini dipanggil untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Mujurlah masing-masing bersetuju menyelesaikan isu tersebut secara baik di luar mahkamah.

BACA>>> Lelaki Pujuk Isteri Tengah Lebuh Raya, Netizen Stres Kereta Lalu Lalang Halang Pandangan
BACA>>> Video Geng Tarik Kereta Bergaduh Berebut Nak Tarik Kereta

SUMBER: Kosmo

Related

401
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bergaduh atas jalan, bergaduh waktu sesak, Gaduh, Penunggang Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my