• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Citroen Grand C4 Picasso (2014)

PREVIU: Citroen Grand C4 Picasso (2014)

November 3, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Citroen GC4P LaunchNAZA Euro Motors, pengedar jenama Citroen di Malaysia secara rasminya memperkenalkan model MPV terbaharunya, Citroen Grand C4 Picasso yang dijual pada harga RM189,888 (atas jalan termasuk insurans).

Mula membuka tempahan sejak Jun lalu, Grand C4 Picasso adalah model Citroen diesel pertama dibawa masuk ke pasaran tempatan yang hadir dengan gaya impresif.

Ramai yang bertanya, adakah model MPV baharu taruhan Citroen ini mampu menambat hati rakyat tempatan? Kalau ya, apa tarikan utama sehingga ia mampu mendapat sambutan.

Jika bertanya pada saya, sejujurnya saya akan kata ya. Semenjak Naza Euro Motor ambil alih jenama Citroen di Malaysia, pelbagai model baharu mula dibawa masuk. Bermula dari DS3, ia kemudian diikuti dengan DS4 dan DS5. Terbaharu, model MPV diesel pertama Citroen pula diperkenalkan. Tidak sampai tempoh dua tahun, ia sudah mampu memberikan pelbagai pilihan buat rakyat Malaysia.

Driving ExperienceLUARAN - Impresif

Baiklah, bercerita perihal Grand C4 Picasso, ia mengetengahkan imej mempesonakan selain memiliki ruangan kabin yang lebih luas. Dari pandangan depan, ia menampilkan rekaan baharu dengan kehadiran lampu LED 3D, membuatkan ia tampak lebih bergaya dan menawan.

P1240274P1240288    P1240291P1240286Tidak ketinggalan, rekaan belakang turut menerima pembaharuan. Untuk tampak lebih garang, C4 dipadankan bersama rim aloi bersaiz 18 inci.

DALAMAN – Kelas Pertama

Ruangan dalaman pula, Grand C4 Picasso menjanjikan aspek keselesaan buat pemandu dan penumpang, membuatkan seakan berada di dalam kokpit penerbangan kelas pertama. Ya, model MPV tujuh tempat duduk ini dilengkapi kerusi depan elektrik dengan fungsi memori, urutan dan lumbar (bahagian bawah abdomen) untuk kerusi pemandu.

P1240299P1240293    P1240300P1240302Ciri inovatif lain diperkenalkan adalah paparan dongak (head-up) berwarna di atas bilah transparen, butang penghidup tekan tanpa kunci (keyless), termasuk fungsi tutup dan buka kunci semudah menyentuh pemegang pintu. C4 turut dilengkapi sensor parkir depan dan belakang, brek parkir elektronik dan pengelap automatik.

Jika mahukan hiburan, C4 hadir dengan pelbagai ciri teknologi terkini seperti skrin sentuh tujuh inci, skrin panoramik HD 12 inci bersama sistem navigasi dan kamera undur.

P1240332Pernah meraih pelbagai anugerah seperti Kereta Tahunan dan MPV Terbaik daripada UK Car Of The Year, Grand C4 Picasso sudah menerima 30 unit tempahan meskipun ia belum dilancarkan secara rasmi. Lebih yakin, Citroen menyasarkan penjualan C4 di antara 120 hingga 140 unit dalam tempoh setahun.

Biarpun angka disasarkan tidaklah sebesar mana, namun Citroen yakin jumlah itu akan meningkat seiring dengan perkembangan jenama Citroen di negara ini.

PRESTASI – Diesel Pertama Citroen

Bersama transmisi automatik 6-kelajuan dan enjin e-HDI diesel bersesaran 2.0L, ia mampu menghasilkan kuasa 148hp pada 4,000rpm dan tork puncak setinggi 370Nm (2,000rpm). Penggunaan bahan api pula adalah 5.4L per 100km, manakala emisi CO2 dihadkan kepada 120g per km.

P1240321Antara ciri keselamatan C4 adalah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek Elektronik (EBA). Ciri keselamatan lain ditawarkan adalah Bantuan Parkir, Sistem 'Blind Spot', Sistem Amaran Garisan dan '360 Vision System'.

Hadir bersama jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, Citroen Grand C4 picasso menawarkan empat pilihan warna menarik iaitu, Noir Onyx (hitam) , Blanc Banquise (putih) , Blue Teles (biru) dan Rouge Babylone (merah).

Automatic gearboxSPESIFIKASI

CITROEN GRAND C4 PICASSO

ENJIN e-HDI deisel bersesaran 2.0L
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 148hp@4,000rpm
TORK MAKSIMUM 370Nm@2,000rpm
HARGA RM189,888 (atas jalan termasuk insurans)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Citroen Grand C4 Picasso dilancarkan, DS3, DS4, DS5, Model MPV Diesel Pertama Citroen, Naza Euro Motors, www.citroen.com.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev