SETIAP komponen yang digunakan pengeluar dalam pembuatan kenderaan ada fungsi dan kepentingan tersendiri. Salah satunya wiper belakang.
Apabila permukaan cermin belakang kotor, situasi itu boleh menjejaskan pandangan pemandu, sekali gus mengganggu pemanduan.
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Kerap Dibersihkan
BACA >>> Lelaki Bengang Kondom Melekat Atas Cermin Kereta, Dibuang dari Atas Flat PPR
Wiper belakang memainkan tugas sama penting seperti pengelap cermin depan, terutama untuk menyingkirkan air hujan daripada permukaan cermin untuk membolehkan pemandu melihat lebih jelas.
Bagaimanapun, bukan semua kenderaan didatangkan dengan wiper belakang. Antara segmen yang tiada ciri itu ialah kereta jenis sedan. Kenapa agaknya?
Ketua Jabatan Sokongan Teknikal Pengedar, Toyota Astra Motor (TAM) di Indonesia, Didi Ahadi berkata, wiper belakang biasanya ditemui pada model hatchback, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV). Sebenarnya, kehadiran wiper belakang bergantung kepada bentuk badan sesebuah kenderaan sama ada perlu dipasang atau sebaliknya.
Menurutnya;
Ini kerana turbulens (gelora) kotoran dari tayar boleh mengotori permukaan cermin, ini sebab wajar wiper belakang ditambah.”
Sebaliknya, sedan memiliki bahagian but panjang, manakala bentuk cermin belakang pula lebih landai dan terletak jauh dari roda belakang. Rekabentuk tersebut menyebabkan percikan dan kotoran dari turbulens tayar tidak terkena cermin belakang.
Memang benar, ada beberapa model sedan juga dipasangkan wiper belakang, tetapi tidak sebanyak SUV atau kenderaan segmen lain dengan struktur belakang rata. Inilah sebabnya sedan tidak perlukan wiper untuk cermin belakang.
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Penjagaan Wiper Supaya Tahan Lama
BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Guna Sabun Cuci Pinggan untuk Air Wiper?
BACA >>> #TahukahAnda: Banyak Masalah Kereta Boleh Selesai dengan Sabun Buku?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mohon Status Vintaj, Klasik untuk Kereta?
SUMBER: Kompas
Leave a Reply