• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lapangan Terbang Sandakan Siap Dinaik Taraf, Bakal Rancak Sektor Pelancongan

Lapangan Terbang Sandakan Siap Dinaik Taraf, Bakal Rancak Sektor Pelancongan

June 13, 2022 By Han Othman Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAPANGAN Terbang Sandakan
yang siap dinaik taraf akhir tahun lalu bakal menjadi pemangkin dalam menggerakkan pembangunan daerah itu, terutama sektor ekopelancongan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, projek bernilai RM80.9 juta itu diluluskan pada 2017 dan pembinaan bermula 2019, melibatkan pemanjangan landasan sedia ada daripada 2.133km kepada 2.5km.

BACA >>> Regas Premium Sabah Buka Pusat 4S BMW di Kota Kinabalu
BACA >>> Pesawat Angkasa China Tidak Perlu Bantuan Roket, Boleh Berlepas Dari Lapangan Terbang

Dengan ada pemanjangan landasan ini, Lapangan Terbang Sandakan mampu mengendali pesawat kod C, iaitu tanpa had muatan dan penerbangan hingga enam jam. Ini secara langsung menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan komersial terbang terus ke Sandakan.

“Ia juga meningkatkan kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara, seterusnya menambah daya saing ekonomi, komersial serta pelancongan," katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Menteri Kerja Raya Negeri. Wee berkata usaha kini ditumpukan kepada menarik pelancong ke Sandakan dan menugaskan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia memastikan mana-mana penerbangan ke Sabah tidak terlepas pandang Lapangan Terbang Sandakan.

Beliau berkata projek itu turut melibatkan pelebaran kawasan parkir pesawat, kerja menaik taraf peralatan navigasi penerbangan dan penggantian serta penambahbaikan sistem pengurusan trafik udara di Wilayah Maklumat Penerbangan Kota Kinabalu.

Pemasangan radar dan peralatan Automatic Dependent Surveillance-Broadcast di Sandakan ditambah baik dan ruang udara yang sebelum ini terlindung daripada liputan radar disebabkan pergunungan Kinabalu dapat diatasi sepenuhnya.

"Malah data radar ini juga dikongsikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertanggungjawab memastikan ruang udara di Sabah dan Sarawak adalah selamat daripada pencerobohan anasir luar," katanya.

BACA >>> Firma AS Bina Pesawat Hipersonik Sepantas 6,790kmj! New York - London Kurang Sejam
BACA >>> Speeder - Motosikal Terbang Lulus Ujian Pertama, Harga Mula RM1.6j

lapangan-terbang-sandakan-wee-ka-siong-3
lapangan-terbang-sandakan-wee-ka-siong-2
lapangan-terbang-sandakan-wee-ka-siong-1

SUMBER: Bernama

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lapangan Terbang Sandakan, Pelancongan Sabah, Sabah, Wee Ka Siong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev