Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook X (Twitter) Instagram
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha MT-15 (2022) Malaysia Kini Berwarna Baharu, Harga RM12.2k!
Roda2

Yamaha MT-15 (2022) Malaysia Kini Berwarna Baharu, Harga RM12.2k!

ShawkathBy ShawkathJune 13, 2022Updated:June 13, 2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGEDAR motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tawaran tiga warna baharu naked bike MT-15 (2022) yang boleh didapati dari rangkaian pengedar bermula hari ini.

Tiga warna pilihan disediakan ialah Icon Blue (biru), Midnight Black (hitam) dan Cyan Storm (sian) pada harga jualan RM12,298, tidak termasuk pendaftaran dan insurans.

BACA >>> HLYM Lancar 3 Pilihan Warna Baharu Yamaha MT-15 (2021)
BACA >>> Yamaha MT-15 Sudah Ada di Kedai, Harga (Cadangan) RM11,988!

Logo Yamaha

Harga disyorkan untuk model edisi 2022 mengalami kenaikan RM310 jika dibandingkan versi dipertingkat 2021 dan model 2020, iaitu RM11,988 seunit (harga cadangan).

MT-15 mula diperkenalkan pada 2020 dengan tawaran warna Yamaha Blue dan Ice Fluo. Setahun kemudian, HLYM menamatkan dua warna tersebut dengan memperkenalkan tiga skema warna lebih segar, iaitu biru, hitam dan kelabu. Secara am, semua aspek mekanikal kekal sama seperti model terdahulu, cuma warna berubah.

Berikut perincian MT-15 (2022):

  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal SOHC 155cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI), berkuasa 19.3hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Penukaran gear lebih lancar dengan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
  • Casis menggunakan frem diamond yang dipadankan suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dengan rim 17 inci yang dibalut tayar 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang).
  • Berat 133kg, tinggi pelana 810mm dan kapasiti tangki minyak 10 liter.
  • Ciri lain ialah penghidup elektrik, panel meter digital dan unit lampu LED penuh untuk lampu depan dan belakang.

BACA >>> Yamaha MT-15 V2 (2022) Laris di India, Jualan Bulan Pertama Cecah 10k Unit!
BACA >>> India Lancar Yamaha MT-15 V2 (2022), Kini Ada Fork USD, ABS 2-Saluran, Harga RM8.9k
BACA >>> #TahukahAnda: Yamaha RX-R (1988) – Streetbike 2-Lejang Yamaha Paling Rare di Indonesia?

HLYM Hong Leong Yamaha Motorv(HLYM) naked bike roda2 Yamaha MT-15 (2022)
Shawkath

Artikel Lain Berkaitan

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

January 16, 2026

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

January 16, 2026

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 Kini Dengan Warna Ikonik US Intercolor Yellow!

January 16, 2026

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

January 16, 2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. Fahmi on July 12, 2023 5:58 PM

    Saye nk oder black

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.