• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / GearUp Buat Perodua Myvi Lebih Umphhh!!!

GearUp Buat Perodua Myvi Lebih Umphhh!!!

July 12, 2022 By Han Othman Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA baru-baru ini memperkenalkan aksesori GearUp khas untuk Myvi (2022) yang ditawarkan dalam pilihan pakej kit badan menarik buat pemilik hatchback subkompak itu.

Walaupun unit pandu uji diberikan ini berwarna putih, tetapi jangan ingat tiada yang perasan. Tauke kedai mamak dekat rumah saya pun perasan tau! Cantik katanya dan sempat pula ditanya mana saya dapat semua body kit Myvi tu. Selepas dijawab set GearUp daripada Perodua, terus dia jempul ibu jari tanda bagus.

BACA >>> Perodua Myvi (2018) - Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran

Seperti perempuan cantik dipakaikan baju cantik, mungkin itulah gambaran kasar yang dapat saya berikan kepada Myvi edisi GearUp ini. Segalanya nampak segak terletak dan 'masuk' dengan sosok badan Myvi. Aksesori GearUp ditawarkan Perodua ini sesuai dipasangkan pada semua varian Myvi, kecuali AV (untuk aksesori tertentu).

Berikut aksesori luaran yang pemilik Myvi boleh dapatkan terus di rangkaian pengedar Myvi terdekat anda:

  • ACE Bodykit - kit bampar depan, kit bampar belakang, skirt sisi dan spoiler belakang (RM2,500/*RM2,552).
  • Rear spoiler (RM550/*RM561)
  • Chrome side mirror garnish (RM120/*RM122)
  • Door visor (RM150/*RM153)
  • Chrome window garnish (RM150/*RM153)

* Harga untuk Malaysia Timur/Sabah dan Sarawak

  • ACE seat covers (RM745/*RM759) - Sesuai untuk semua varian Myvi kecuali AV, terdiri daripada pembalut jenis PVC dwi-tona dengan paten karbon. Kemasan ini siap diuji Perodua dan disahkan mesra ciri ISOFIX, lembut dan  lasak digunakan, serta mudah juga dicuci.
  • Pembalut ini turut diuji Perodua dan disahkan tidak menjejaskan fungsi beg udara sisi.

Aksesori GearUp juga menawarkan dua pilihan pakej iaitu Utility dan Illumination yang kedua-duanya sekali dapat dimiliki pada harga RM810/*RM825, terdiri daripada:

Pakej Illumination (RM450/*RM457)

  • Floor lighting (RM240/*RM243)
  • LED scuff plates (RM260/*RM264)

* Harga untuk Malaysia Timur/Sabah dan Sarawak

Pakej Utiliy (RM360/*RM368)

  • Door visor (RM150/*RM153)
  • Coil mats (RM150/*RM153)
  • Luggage tray (RM100/*RM102)

* Harga untuk Malaysia Timur/Sabah dan Sarawak

BACA >>> Inilah Rupa Paras Perodua Myvi (2018) Baharu Pabila Malam Hari
BACA >>> Perodua Myvi Dipilih Kereta Aras Mula Terbaik COTY Malaysia 2018

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Perodua, Perodua Myvi GearUp (2022), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my