• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Inilah Rupa Paras Perodua Myvi (2018) Baharu Pabila Malam Hari

Inilah Rupa Paras Perodua Myvi (2018) Baharu Pabila Malam Hari

November 22, 2017 By Abang GYL 1 Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LIHAT foto sudah, baca pandu uji pun sudah. Apa kata kita terus meriahkan lagi kehadiran Perodua Myvi (2018) baharu. Kali ini kami paparkan pula foto visual dan sedikit ulasan ringkas mengenai hatchback itu ketika beraksi pada malam hari. Menarikkah? Apakah sekilas lalu kita sudah dapat meneka kelibat model popular tersebut?

PANDANGAN DEPAN


Buat pertama kali, semua varian Perodua Myvi (2018) baharu dipadankan lampu utama LED bersama ciri pelarasan sebagai standard. Sekali pandang, tampak seperti sepasang mata sedang menjeling. Lampu kabus bulat pula cukup terang untuk memberikan pencahayaan tambahan apabila diperlukan.

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu

LAMPU BELAKANG

Visual lampu belakang pada malam sangat menarik dan lain daripada lain. Jika dibandingkan Myvi sedia ada, rekaan belakang secara keseluruhan adalah berbeza. Lampu belakang didatangkan dengan desain kombi yang mirip model Kia Rio. Hendal pintu but belakang menggunakan konsep sama pada model Axia baharu.

PANEL METER


Ada tiga warna utama - putih, biru dan merah. Panel meter juga lain daripada model Myvi sedia ada. Apapun, panel meter baharu lebih selesa dipandang mata dan tidak mengganggu pemanduan.

PANEL PAPAN PEMUKA DAN KONSOL GEAR

Rekabentuk papan pemuka tidak lagi mendatar dan keseluruhan butang kawalan berada pada posisi ergonomik. Posisi gear diletakkan pada konsol tengah, manakala butang penghidup tekan-mula (push/start) ditawarkan sebagai ciri standard semua varian. Varian tertinggi (1.5 Advanced) menerima skrin sentuh dengan integrasi GPS, pemain DVD dan lain-lain.

BACA >>> #PanduUji: Perodua Myvi (2018) Baharu Sedap Dipandu, Tapi...

GALERI

Artikel Berkaitan

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: harga perodua myvi, meter myvi baru, myvi waktu malam, new myvi test drive, pandu uji myvi baru, Perodua, Perodua Myvi (2018), perodua myvi 2018 baharu, perodua myvi baru, Roda4

Comments

  1. m_yusry25 says

    November 23, 2017 at 1:53 PM

    Admin,saiz lampu Myvi 2018 h7 ke?adakah ini bermakna kereta lain boleh guna lampu LED yg kecerahannya seperti Myvi 2018 juga?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
  • Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
    Chery Tiggo 7, Tiggo 8 Dapat Ranking SUV Nombor 1 JD Power di China
  • RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
    RASMI! Anda Boleh Bayar Tol Guna Kad Kredit, Debit di 11 Lebuhraya Utama Mulai Hari Ini
  • Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara
    Polis Buru Warga Asing Tak Bayar Saman Trafik, Lancar Operasi di Seluruh Negara

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my