• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Denda Hingga RM2k, Penjara 6 Bulan Jika Guna Nombor Plat 'Fancy'

Denda Hingga RM2k, Penjara 6 Bulan Jika Guna Nombor Plat 'Fancy'

June 12, 2022 By Han Othman Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDIVIDU atau pemilik kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran 'fancy' boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih RM2,000 dan penjara atau kedua-duanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, kesalahan mempamerkan mombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi di bawah Kaedah 6, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959 boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM250 atau boleh didakwa di mahkamah dengan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pemilik berdaftar juga akan diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).

"Mereka diberi masa selama 10 hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut dibuat tindakan pembetulan dengan menukar nombor pendaftaran mengikuti spesifikasi," katanya dipetik Sinar Harian, semalam.

Khairul berkata lagi, nombor pendaftaran kenderaan hendaklah dipamer mengikut saiz dibenarkan dan tidak menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan ‘extreme’ yang boleh mengelirukan.

JPJ Selangor pada Jumaat lalu melaksanakan Op Nombor Pendaftaran di Seksyen 15, di Shah Alam. Operasi bermula jam 8 malam membabitkan 35 kenderaan jenis motosikal dan kereta persendirian.

Menurutnya lagi, orang awam boleh membuat sebarang aduan trafik kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan@JPJ berserta butiran pengadu dan butiran aduan.

BACA >>> Remaja Guna Nombor Plat Janda Kena Tahan Polis
BACA >>> Apa Jadi Jika Nombor Plat Malaysia Ikut Macam Jerman?

SUMBER: SinarHarian

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Khairul Khar Yahya, Denda Nombor Plat Fancy, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Nombor Plat Fancy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my